Posts Tagged ‘islam’

Anak Satu Amanah

January 12th, 2011

Anakmu itu amanah Allah

Di sini saya ingin berkongsi tentang anak. Dalam minggu ni saya sempat membelek buku “Tarbiatul Awlad” karangan Abdullah Naasih Ulwan. Buku tersebut saya beli semasa menuntut di Mesir dahulu.

Bersesuaian dengan anak saya yang bakal di lahirkan sekitar hujung bulan ini, begitu juga mungkin dengan saudara saudari yang bakal menimang cahaya mata, sukalah saya berkongsi di sini beberapa perkara yang dituntut untuk dilakukan setelah anak dilahirkan.

1. Menyebarkan berita kelahiran kepada saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga. Mereka pula dituntut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak tersebut kepada bapanya

2. Sebaik sahaja anak di lahirkan, hendaklah   diazankan anak tersebut di telinganya sebelah kanan dan diiqamatkan di sebelah telinga kiri. Demikian untuk menjauhkan anak tersebut dari gangguan syaitan dan juga untuk mencampakkan kecintaan kepada islam sebaik sahaja menjengah dunia ini.

3. Dituntut agar mentahnikkan anak tersebut dengan menyapu kunyahan kurma atau seumpamanya yang manis pada lelangit bayi keseluruhannya. Demikian agar mulut anak ada kekuatan menghisap susu ibunya. Seeloknya tahnik dilakukan oleh orang yang soleh.

4. Diberikan nama yang baik-baik. Boleh diberikan samaada hari pertama dilahirkan hinggalah hari ketujuh. Nama merupakan satu doa untuk anak oleh itu jika hendak memberi nama carilah perkataan yang sesuai dan tepat dalam sebutan bahasa arabnya. Jika hendak memilih bahasa yang lain pun boleh asalkan mempunyai makna yang baik.

5. Disunatkan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh lalu ditimbangkan beratnya dan bersedekah kepada fakir miskin dengan nilai perak yang sama berat dengan rambut tersebut. Tidak boleh mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain seperti mencukur di sekeliling kepala dan meninggalkan ditengahnya atau mencukur ditengah kepala dan membiarkan dibahagian tepinya atau mencukur di bahgian hadapan dan membiarkan rambut dibahagian belakang atau mencukur dibahagian belakang dan membiarkan di bahagian hadapan.

6. Melaksanakan aqiqah pada hari ketujuh. Untuk bayi perempuan dengan menyembelih seekor kambing sementera bagi bayi lelaki disembelih dua ekor kambing. Boleh juga dengan menyembelih lembu atau seumpamanya tetapi seekor lembu hanya untuk seorang bayi tidak boleh berkongsi tujuh orang sebagai contoh. Untuk mengelakkan masalah biarlah dengan menyembelih kambing seperti biasa diamalkan dalam masyarakat kita. Semasa menyembelih bolehlah membaca بسم الله اللهم لك وإليك هذه عقيقة فلان . Tulang haiwan itu pula janganlah dipatahkan demi memelihara tulang bayi dari patah di kemudian hari. Sebaiknya daging sembelihan digulaikan dan dibuat kenduri. Demikian bagi mengeratkan silaturrahim sesama islam. Boleh juga untuk mensedekahkannya atau sebagai hadiah.

Itulah serba sedikit tentang langkah pertama seorang bapa selepas kelahiran bayinya. Ada lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan. Insyaallah saya akan kongsi  dalam artikel lain. Buat bakal bapa atau yang sudah menjadi bapa tetapi akan dikurniakan anak lagi, saya berharap panduan ringkas ini dapat membantu sedikit sebanyak.

Share

Seorang Bapa Dan Suami

January 10th, 2011

Saat ini diri saya sedang menanti lahirnya anak kedua. Hari jumaat baru-baru ini ke DBM Hospital Permatang Pauh meninjau ninjau tempat yang diminta oleh isteri untuk melahirkan bakal bayi kami disitu. “Klinik pakar bersalin muslimah” satu trademark yang amat menarik perhatian saya kerana berdasarkan maklumat di  laman web klinik pakar tersebut bahawa Dr. yang bertugas menyambut kelahiran bayi disitu semuanya perempuan. Tidak seperti pusat bersalin yang lain samaada milik kerajaan mahupun swasta  tidak mengambil berat tentang masalah dr. berlainan jantina. Semasa kelahiran anak sulung saya dahulu, dr, yang membuat pemeriksaan susualan ialah seorang lelaki. Sesuatu yang saya tidak persetujui. Namun mungkin atas alasan kekurangan pakar wanita ada yang membenarkan, tetapi saya tetap tidak bersetuju dengan polisi tersebut.

Maka dengan pengalaman tersebut membuatkan saya dan isteri mencari cari tempat alternatif untuk melahirkan anak kedua kami. Saya mencari cari di internet lalu munculah klinik DBM tersebut yang mengutamakan kelahiran cara islam. Saya amat bersyukur walaupun harga yang bakal dikenakan mungkin membebankan sekitar RM1600 untuk bersalin biasa tetapi memuaskan hati saya dan isteri.

Diharapkan kelahiran anak kedua saya nanti diberkati Allah hendaknya. Buat pembaca sekalian semoga mengambil berat tentang masalah aurat antara isteri kita dengan dr yang akan merawatnya. Carilah pusat bersalin yang memelihara nilai-nilai islam agar kita diredhoi Allah. Jika setelah berusaha tidak juga ditemui pusat seperti DBM ini, maka itu dikira umum balwa. Maka bertawakkal sahajalah.

Share

Keliru….

August 3rd, 2010

Assalamualaikum…..

Salam sejahtera.

Anda biasa dengar dengan perkataan ini, saya pun sama. Dalam ruangn kali ini saya ingin berkongsi berkenaan kekeliruan yang berlaku di sekeliling kita.

Dalam beberapa bulan lepas, saya ada membaca sebuah artikel di dada akhbar tempatan yang menyatakan bahawa beberapa orang artis yang memeilih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Antara bekas artis yang dimaksudkan ialah pelakon Ali Setan pada suatu ketika dahulu. Sekarang dia telah berubah darisudut penampilan secara drastik terutamanya pakaian.

» Read more: Keliru….

Share

Boleh Mendoakan Laknat Ke Atas Penzalim

December 1st, 2009

MUQADDIMAH :

Orang zalim boleh diumpat dan didedahkan keburukannya bahkan berdoa untuk memusnahkannya dibenarkan oleh syarak, tetapi awas kepada sesiapa yang melaknat orang tertentu kerana kita tidak tahu bagaimna akhir nyawanya, boleh jadi dia akan mati dalam keadaan iman. Adapun melaknat seorang hakim yang zalim, jika dengan laknat itu akan menyebabkan fitnah, maka ianya ditegah.

Hiasan semata

Hiasan semata

Kezaliman wajib dijauhkan dari umat islam begitu juga dari kelompok manusia bukan islam. Zalim itu kegelapan. Tidak ada sesuatu yang lebih menyeksa jiwa selain perbuatan zalim. Sabda Nabi S.A.W :

“Takutlah kamu akan kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat”

Sesiapa yang tidak mampu menghalang kezaliman dengan tangannya atau dia mampu tetapi akan menyebabkan akibat yang lebih buruk atau pertumpahan darah, maka tidak mengapa dibiarkan kezaliman itu dan hendaklah dalam keadaan itu dia berdoa kepada Allah agar dimusnahkan penzalim tersebut. Itulah senjata yang selayaknya. Doa orang yang dizalimi pada pertengahan malam tidak ditolak oleh Allah S.W.T. Dan panahan diwaktu malam tidak akan tersasar. Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa mengumpat orang yang berlaku zalim tidaklah berdosa malah lebih dituntut dan hukumnya sunat demi untuk mengingatkan orang lain agar berhati hati dengan kezalimannya. Firman Allah S.W.T :

«لا يحب الله الجهر بالسوء من القول الا من ظلم وكان الله سميعا عليما»،

Ayat di atas bermaksud tidak menjadi kesalahan memperbesarkan sifat zalim seseorang dan tidak mengapa mendoakan kebinasaannya samaada secara diam-diam atau terang terangan. Sabda Nabi S.A.W :

ثلاثة لا غيبة فيهم: الفاسق المعلن بفسقه، وشارب الخمر، والسلطان الجائر

Ertinya : Tiga golongan yang boleh untuk diumpat ialah : 1) Orang fasik yang menampakkan kefasikannya secara terang terangan. 2) Peminum arak. 3) Pemerintah yang menindas.


HUKUM DOA LAKNAT :

Ulamak berselisih pendapat berkenaan hukum melaknat orang islam yang fasik atau zalim.

Pendapat pertama iaitu pendapat yang terpilih : Tidak dibolehkan . Dalil yang menjadi sandaran kepada pendapat ini ialah Hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang seorang peminum arak yang berkali-kali dihadapkan kepada Baginda. Lalu berkatalah beberapa orang yang berada bersama Nabi : Ya Allah laknatkanlah peminum arak ini kerana telah banyak kali kesalahan yang dilakukannya. Mendengarkan itu Nabi pun bersabda :

“Demi Allah setakat yang aku tahu, dia adalah seorang yang menyintai Allah dan Rasulnya”

Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Hanafi, Syafii, Hanbali dan satu pendapat dari Mazhab Maliki.

Pendapat kedua : Dibolehkan walaupun dengan menyebut nama seseorang. Pendapat ini bersandarkan kepada dalil bahawa Nabi S.A.W membaca doa qunut yang berbunyi

اللهم العن فلانا وفلانا لاحياء من العرب

Pendapat ini juga mengatakan tidak boleh minta laknat ke atas orang bukan islam yang tertentu (disebut namanya) kerana tidak diketahui bagaimana keadaannya bila meninggal dunia kelak, boleh jadi dia akan mati sebagai orang islam. Firman Allah S.W.T :


ان الذين كفروا وماتوا وهم كفار اولئك عليهم لعنة الله والملائكة والناس اجمعين

Ertinya : “ Orang-orang kafir yang telah mati Dalam keadaan kufur, mereka mendapat laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya”

Ayat di atas membawa maksud bahawa orang-orang yang mati dalam keadaan beriman tidak akan mendapat laknat.

Pendapat ketiga : Dibolehkan dengan syarat orang-orang yang diminta laknat itu tidak disebutkan nama mereka. Pendapat ini mengambil dalil apabila Nabi S.A.W meminta laknat ke atas orang-orang yang menyambung rambut(pemilik kedai) dan yang meminta disambungkan rambut(pelanggan).Rambut yang dimaksudkan ialah rambut palsu.

KESIMPULAN :

Berdasarkan perbahasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa mendedahkan keaiban hakim( tidak termasuk pemerintah ) yang zalim atau minta laknat ke atasnya berbeza hukumnya berbanding orang biasa(termasuk pemerintah). Bagi seseorang hakim, dia ada beberapa perkara yang tidak ada pada orang lain. Walaupun secara asasnya mendedahkan keburukan hakim adalah dibolehkan, tetapi jika dengan pendedahan itu akan membawa kepada kerosakan dan huru hara maka ianya tidak dibolehkan. Tindakan ke atas hakim tersebut hendaklah diserahkan kepada orang yang berkelayakkan sahaja secara rahsia.

Sumber – http://www.alqabas.com.kw/Article.aspx?id=514298

ISU SEMASA

Jika dikaitkan permasalahan di atas dengan isu yang ditimbulkan sekarang ini di mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat diserang oleh pelbagai pihak yang mengatakan bahawa tidak sepatutnya beliau meminta laknat ke atas kerajaan semasa, maka tindakkannya itu termasuk dalam kategori pendapat kedua. Dari segi hukum, tidak menjadi kesalahan kepadanya di atas tindakan beliau itu kerana dia boleh memilih pendapat mana yang dia suka dan pendapat itu ada sandaran Nas yang boleh diterima menurut islam.Wallahu A’lam.

Share

‘Haji’ Manusia Sebelum Islam

November 18th, 2009

Umat manusia zaman silam melaksanakan ‘haji’ dengan berbagai cara mengikut agama dan budaya masing-masing.Berikut adalah pelaksanaan ‘haji’ mengikut agama dan kepercayaan mereka

Mesir kuno :

Mesir Purba
Mesir Purba

Masyarakat  Mesir kuno  umpamanya mempunyai sembahan tertentu untuk melaksanakan ‘haji’ mereka. Setiap sembahan ini mempunyai tempatnya yang khusus. Mereka menunaikankan ‘haji’ ke tempat tuhan mereka itu berada seperti tuhan izir di Kota So, tuhan fatah di kota Memphis, tuhan amon di kota Tiibah dan begitulah seterusnya. Pada mereka hari-hari pelaksanaan ‘haji’ dianggap hari yang menggembirakan. Mereka menyambutnya dengan bacaan doa-doa tertentu yang biasa mereka baca setiap tahun. Sesiapa yang dilahirkan pada hari tersebut dianggap manusia paling bertuah dan dikira sebagai ketua agama mereka pada masa depan.

Yunani :

Mereka juga menunaikan ‘haji’ di tempat-tempat suci mereka seperti kuil dayana yang terletak di Afsus semenjak 50 kurun sebelum masihi lagi. Ianya berterusan sehingga kurun kedua sebelum masihi. Kemudian mereka berpindah pula ke kuil minarfa di kota a’sina dan kuil Jupiter di kota Olympia. A’sina adalah  ibu Negara Yunan.

Yahudi :

Semenjak awal kurun ke 14 mereka menunaikan ‘haji’ ke satu tempat semasa zaman tabut . ‘Haji’ tersebut ditunaikan sebanyak 3 kali setahun. Sebuah pusat perniagaan telah muncul dan menjadi terkenal di Bandar Orsylem disebabkan perhimpunan agama yang besar disitu yang menjadi satu-satunya faktor kemasyhuran bandar tersebut. Bandar ini telah melalui satu zaman yang panjang. Kehebatannya pernah dicemari apabila maharaja Rom bernama Titus telah membakarnya dan menghalau penduduknya pada tahun 70 masihi.

Semenjak itu orang-orang yahudi tidak lagi datang ke Baitul Maqdis sehinggalah bangsa arab menakluki Baitul Maqdis pada tahun 16 hijrah = 636 masihi. Dengan melihat kepada keadilan Islam, Saidina Umar Al-Khattab membenarkan mereka berada di bumi Baitul Maqdis bersama kaum nasrani. Kedua – dua penganut agama tersebut terus hidup bersama sehinggalah tercetusnya peperangan salib di antara Islam dan kristian. Semenjak itu ibadat haji orang yahudi di bumi Palestin tergendala kerana keselamatan mereka terancam. Pada tahun 1517 masihi semasa zaman pemerintahan Uthmani, jalan menuju ke tempat ibadat orang yahudi tersebut telah dibina dan dipulihkan semula.  Semua jalan menuju ke Baitul Maqdis kembali selamat. Dan akhir sekali dipendekkan cerita tempat ibadat orang yahudi tersebut terus dikunjungi sehingga ke hari ini. Cuma yang tinggal hanya sebahagian dindingnya sahaja iaitu di sebelah barat Masjid Aqso. Dinding tersebut ialah sisa runtuhan  haikal sulaiman.

Nasrani:

Mereka juga dikenali sebagai penganut kristian. Mereka menunaikan ‘haji’ ke Baitul Maqdis semenjak tahun 306 masihi. Pada tahun tersebut ibu maharaja Qastantin bernama Hiilanah telah membina sebuah gereja yang terkenal di Baitul Maqdis bernama gereja qiamah. Orang-orang nasrani sebelum masuk ke Baitul Maqdis,  akan mandi terlebih dahulu di sungai Jordan dan menganggap sungai tersebut sebagai pintu penyucian untuk mereka. Setiap mereka akan menyelimuti tubuh mereka dengan sehelai kain yang akan menjadi kain kafan untuknya apabila mati kelak.

Pada zaman penaklukan saljuk ke atas Baitul Maqdis, orang-orang perancis turun ke serata jalan dan menghadapkan wajah mereka ke arah gereja botris dan bolis yang terletak di Rom dan Trif, Jerman. Mereka mendakwa bahawa baju Nabi Isa yang dipakainya berada di Jerman.

Mereka juga menunaikan ‘haji’ ke gereja lord di selatan Perancis. Sekarang kebanyakan mereka menunaikan ‘haji’ ke Baitul Maqdis kerana tiada halangan seperti zaman dahulu.

Hindu :

Penganut hindu menunaikan ‘haji’ mereka ke kuil jugra yang dibina di dataran Haiderabad. Begitu juga mereka menuanaikannya ke kuil buza yang dibina di semenanjung mena.

Cina :

Orang-orang cina pula menunaikan ‘haji’ mereka ke tokong nian sejak zaman dahulu lagi. Mereka menempuh perjalanan yang perit dan jauh untuk melaksanakannya.

Jepun:

Orang-orang jepun pula melaksanakan ‘haji’ ke kuil mereka yang terkenal terletak di wilayah saga .Seperti mana orang islam mereka juga menunaikan ‘haji’ tersebut sekali seumur hidup. Jika lebih dari itu, adalah lebih baik. Yang menghairankan apabila mereka juga melakukan perkara yang sama dengan orang islam dari sudut pakaian ketika ihram. Mereka mengadap ke kuil tersebut dengan pakaian putih dengan ciri-ciri tersendiri. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan : satu kumpulan memakai pakaian yang menutup hampir keseluruhan badan dengan pakaian putih dan satu kumpulan lagi hanya cukup menutup aurat sahaja. Apabila diceritakan kepada mereka bahawa pakaian orang-orang islam semasa menunaikan haji sama dengan pakaian mereka ketika upacara ‘haji’ mereka, mereka merasa kagum dan hairan kerana adat agama mereka hampir sama dengan amalan orang islam. Maha suci Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Dipetik dan dialih bahasa dari kitab:

“Hikmah Tasyri’ dan Falsafahnya” oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jarjaani.

Share

ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

October 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Muqaddimah :

Sekarang isu yang dibincangkan di peringkat global adalah isu pemakaian purdah oleh wanita islam. Ianya dibangkitkan oleh Syeikhul Azhar  Mohammed Sayyed Tantawi. Beliau telah membuat keputusan mengharamkan pelajar-pelajar wanita di Universiti Al-Azhar dari memakai purdah ketika berada di dalam kawasan universiti  tersebut . Dengan kenyataan beliau sudah pasti menimbulkan polemik di kalangan penganut islam. Alasan yang diberikan beliau adalah untuk » Read more: ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

Related Posts with Thumbnails
Share