Posts Tagged ‘Anak’

Anak Satu Amanah

January 12th, 2011

Anakmu itu amanah Allah

Di sini saya ingin berkongsi tentang anak. Dalam minggu ni saya sempat membelek buku “Tarbiatul Awlad” karangan Abdullah Naasih Ulwan. Buku tersebut saya beli semasa menuntut di Mesir dahulu.

Bersesuaian dengan anak saya yang bakal di lahirkan sekitar hujung bulan ini, begitu juga mungkin dengan saudara saudari yang bakal menimang cahaya mata, sukalah saya berkongsi di sini beberapa perkara yang dituntut untuk dilakukan setelah anak dilahirkan.

1. Menyebarkan berita kelahiran kepada saudara mara, rakan taulan, jiran tetangga. Mereka pula dituntut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak tersebut kepada bapanya

2. Sebaik sahaja anak di lahirkan, hendaklah   diazankan anak tersebut di telinganya sebelah kanan dan diiqamatkan di sebelah telinga kiri. Demikian untuk menjauhkan anak tersebut dari gangguan syaitan dan juga untuk mencampakkan kecintaan kepada islam sebaik sahaja menjengah dunia ini.

3. Dituntut agar mentahnikkan anak tersebut dengan menyapu kunyahan kurma atau seumpamanya yang manis pada lelangit bayi keseluruhannya. Demikian agar mulut anak ada kekuatan menghisap susu ibunya. Seeloknya tahnik dilakukan oleh orang yang soleh.

4. Diberikan nama yang baik-baik. Boleh diberikan samaada hari pertama dilahirkan hinggalah hari ketujuh. Nama merupakan satu doa untuk anak oleh itu jika hendak memberi nama carilah perkataan yang sesuai dan tepat dalam sebutan bahasa arabnya. Jika hendak memilih bahasa yang lain pun boleh asalkan mempunyai makna yang baik.

5. Disunatkan mencukur rambut bayi pada hari ketujuh lalu ditimbangkan beratnya dan bersedekah kepada fakir miskin dengan nilai perak yang sama berat dengan rambut tersebut. Tidak boleh mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain seperti mencukur di sekeliling kepala dan meninggalkan ditengahnya atau mencukur ditengah kepala dan membiarkan dibahagian tepinya atau mencukur di bahgian hadapan dan membiarkan rambut dibahagian belakang atau mencukur dibahagian belakang dan membiarkan di bahagian hadapan.

6. Melaksanakan aqiqah pada hari ketujuh. Untuk bayi perempuan dengan menyembelih seekor kambing sementera bagi bayi lelaki disembelih dua ekor kambing. Boleh juga dengan menyembelih lembu atau seumpamanya tetapi seekor lembu hanya untuk seorang bayi tidak boleh berkongsi tujuh orang sebagai contoh. Untuk mengelakkan masalah biarlah dengan menyembelih kambing seperti biasa diamalkan dalam masyarakat kita. Semasa menyembelih bolehlah membaca بسم الله اللهم لك وإليك هذه عقيقة فلان . Tulang haiwan itu pula janganlah dipatahkan demi memelihara tulang bayi dari patah di kemudian hari. Sebaiknya daging sembelihan digulaikan dan dibuat kenduri. Demikian bagi mengeratkan silaturrahim sesama islam. Boleh juga untuk mensedekahkannya atau sebagai hadiah.

Itulah serba sedikit tentang langkah pertama seorang bapa selepas kelahiran bayinya. Ada lagi tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilakukan. Insyaallah saya akan kongsi  dalam artikel lain. Buat bakal bapa atau yang sudah menjadi bapa tetapi akan dikurniakan anak lagi, saya berharap panduan ringkas ini dapat membantu sedikit sebanyak.

Share

Seorang Bapa Dan Suami

January 10th, 2011

Saat ini diri saya sedang menanti lahirnya anak kedua. Hari jumaat baru-baru ini ke DBM Hospital Permatang Pauh meninjau ninjau tempat yang diminta oleh isteri untuk melahirkan bakal bayi kami disitu. “Klinik pakar bersalin muslimah” satu trademark yang amat menarik perhatian saya kerana berdasarkan maklumat di  laman web klinik pakar tersebut bahawa Dr. yang bertugas menyambut kelahiran bayi disitu semuanya perempuan. Tidak seperti pusat bersalin yang lain samaada milik kerajaan mahupun swasta  tidak mengambil berat tentang masalah dr. berlainan jantina. Semasa kelahiran anak sulung saya dahulu, dr, yang membuat pemeriksaan susualan ialah seorang lelaki. Sesuatu yang saya tidak persetujui. Namun mungkin atas alasan kekurangan pakar wanita ada yang membenarkan, tetapi saya tetap tidak bersetuju dengan polisi tersebut.

Maka dengan pengalaman tersebut membuatkan saya dan isteri mencari cari tempat alternatif untuk melahirkan anak kedua kami. Saya mencari cari di internet lalu munculah klinik DBM tersebut yang mengutamakan kelahiran cara islam. Saya amat bersyukur walaupun harga yang bakal dikenakan mungkin membebankan sekitar RM1600 untuk bersalin biasa tetapi memuaskan hati saya dan isteri.

Diharapkan kelahiran anak kedua saya nanti diberkati Allah hendaknya. Buat pembaca sekalian semoga mengambil berat tentang masalah aurat antara isteri kita dengan dr yang akan merawatnya. Carilah pusat bersalin yang memelihara nilai-nilai islam agar kita diredhoi Allah. Jika setelah berusaha tidak juga ditemui pusat seperti DBM ini, maka itu dikira umum balwa. Maka bertawakkal sahajalah.

Share

9 Perlakuan Yang Dibolehkan Dalam Solat

May 29th, 2010

Perlakuan perlu difahami

Perlakuan solat perlu difahami

Sesungguhnya solat kita ada bermacam macam perlakuan ketika melaksanakannya sehingga ada orang menanggap perlakuan yang dilakukan itu membatalkan solat tersebut, padahal dia tidak tahu bahawa anggapan itu belum pasti samaada benar-benar batal atau tidak. Di sini saya akan kongsikan beberapa perlakuan yang jika dilakukan tidak akan membatalkan solat seseorang itu. Semoga dengan maklumat ini akan menjadikan kita lebih berhati hati sebelum menjatuhkan hukum yang belum pasti.

1)     Menangis atau merintih : Samaada kerana sakit atau takut kepada Allah S.W.T.

2)    Berpaling muka sahaja ketika perlu : Jika tidak perlu, hukumnya makruh. Ianya tidak membatalkan solat. Akan tetapi jika memalingkan muka beserta dada dari arah kiblat, maka solat tersebut akan terbatal. Demikian kerana menhadapkan dada kearah kiblat merupakan syarat sah solat.

3)      Membunuh binatang berbahaya seperti ular dan kalajengking: Nabi ada bersabda di dalam HadisNya dari Abi Hurairah r.a yang berbunyi :

- اقتلوا الأسودين في الصلاة؛ الحية والعقرب

4)      Bergerak sedikit ke kanan atau ke kiri atau kehadapan: seperti untuk memenuhkan ruang yang kosong dalam solat berjemaah dan sebagainya. Adapun jika bergerak ke belakang, adalah tidak dibolehkan langsung.

5)      Mendukung kanak-kanak : Nabi S.A.W pernah mendukung cucu perempuannya iaitu anak kepada Zainab ketika solat. Apabila Baginda rukuk atau sujud, akan diletakkan semula cucunya itu. Begitu juga Nabi pernah melakukannya terhada cucuNya Hassan dan Hussin.

6)      Menjawab salam dengan isyrat ringan : seperti dengan menggunakan jari, tangan atau keduanya. Begitu juga boleh dengan tunduk sedikit kepala sebagai isyarat menjawab salam. Cara ini telah diajar oleh Nabi S.A.W.

7)      Mengucap tasbih oleh lelaki dan menepuk tangan oleh perempuan : Demikian ialah untuk memberi teguran kepada imam yang melakukan kesalahan dalam bacaan atau perbuatan.

8)     Membaca surah selepas bacaan Fatihah dengan melihat Al-Quran : Boleh melakukan demikian samaada meletakkan Al-Quran di hadapan atau memegang Al-Quran kecil di tangan dengan pergerakan kecil sahaja.

9)      Hati teringat kepada perkara-perkara lain di luar solat : Apabila hati sibuk memikirkan perkara lain, solatnya tetap sah dan ada pahalanya. Jika solat dengan khusyuk pahalanya akan lebih lagi. Apapun seseorang yang solat itu adalah lebih baik menghalakan segalanya ke arah Allah S.W.T termasuk hatinya bukannya anggotanya sahaja. Cara khusyuk itu boleh dilakukan dengan memahami dan memikirkan ayat ayat yang dibaca.

Demikianlah 9 perkara yang mungkin mengelirukan sesiapa sahaja yang tidak tahu. Semoga dengan paparan ini akan menambahkan lagi pengetahuan kita semua.

Rujukan :Kitab فقه المرأة المسلمة   oleh Ibrahim Muhammad Hassan Aljamal

Share

7 Sikap Yang Melemahkan Jiwa Anak

October 27th, 2009

Seperti sedia maklum bahawa anak merupakan anugerah Allah Taala kepada hambanya. Lalu jadilah ibu bapa itu bertanggungjawab mencorakkan  anaknya samaada menjadi manusia yang berguna atau tidak. Anak ibarat kain putih. Terpulang kepada kita untuk mencantingnya mengikut selera kita. Sebagai seorang islam kita ada cara tersendiri untuk membentuk anak. Antaranya ialah melalui tindakkan kita secara langsung terhadap mereka.

Artikel kali ini saya akan berkongsi 7 sikap kita yang boleh melemahkan jiwa anak : » Read more: 7 Sikap Yang Melemahkan Jiwa Anak

Related Posts with Thumbnails
Share