
Persoalan ini timbul apabila membaca ayat di dalam surah Aali-Imran ayat 133 yang berbunyi :
Ayat ini menyatakan bahawa hamparan syurga itu seluas langit dan bumi, oleh itu di manakah pula hamparan neraka?
Jawapan : Muka bumi yang manusia diami ini hanya bahagian kecil sahaja dari alam semesta. Alam tidak terbatas pada langit dan bumi sahaja bahkan merangkumi kerajaan Allah yang berada melepasi langit dunia sana yang tidak mampu dicapai oleh akal dan ilmu manusia. Hingga sekarang manusia masih belum mengetahui tentang selok belok langit.
Sehingga saat ini ahli kaji bintang hanya mampu menyingkap sedikit sahaja dari rahsia langit. Mereka menisbahkan jarak planet atau gugusan bintang dengan ukuran tahun cahaya hingga mencecah jutaan tahun cahaya. Satu jarak yang maha jauh dan mustahil dapat dijejaki oleh manusia biasa. Apabila syurga itu hamparannya langit dan bumi tidaklah bererti di dalam kerajaan Allah sana tiada hamparan neraka! Bukan sahaja hamparan neraka yang terdapat di sana, bahkan terdapat hamparan hamparan lain selain neraka.
Soalan seperti ini pernah diajukan oleh ahli kitab kepada Nabi S.A.W dan para sahabat. Nabi menjawab :
“Di manakah malam apabila datangnya siang?”
Dalam satu riwayat yang lain dari Abi Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang kedudukan neraka, lalu Baginda menjawab:
“Tidakkah kamu lihat malam, apabila datang, akan gelaplah segalanya? Jadi di manakah siang?”
Lelaki itu pun menjawab bahawa kejadian siang itu berada dalam kehendak Allah S.W.T.
Nabi menjawab : “Begitulah juga neraka ianya berada dalam kehendak Allah S.W.T”
Oleh itu para pembaca budiman marilah kita merasa takut dengan isi ayat di atas yang menyatakan syurga yang seolah olah sudah ada di dunia ini dan diikuti pula oleh penjelasan Hadis Nabi yang menyatakan bahawa di sebalik langit sana adanya bandingan hamparan neraka. Hati terasa dekat sangat dengan cerita Nabi S.A.W di atas seolah – olah neraka itu ada di sebalik dinding. Marilah kita bertakwa dan beramal soleh….
Sumber : Al-Qaradawi.net



