Kisah Mariam Dan Murtad…..
September 9th, 2009 by admin
Leave a reply »
MUQADDIMAH :
Boleh dikatakan selalu juga kita dengar isu murtad. Ada yang di luar Negara macam kisah si Rifqa’ yang dimurtadkan oleh mubaligh kristian melalui facebook, dalam Negara pun tak payah cerita lah..macam-macam kisah tak larat nak dengar. Dan yang terbaru antara luar Negara dan dalam Negara pulak : Kisah Mariam Johari.

Dia perempuan melayu berasal dari Johor dan terkandas di Korea selama 64 tahun. Yang kasihannya ialah dia wasiat pada anaknya suruh kebumi cara kristian..Nauzubillahhiminzaalik. Secara logik, jika dia suruh kebumi cara kristian, tentulah dia kristian. Yang selebihnya hanya Allah saja yang tahu. Antara sebab murtad adalah dari sudut perkataan dan perbuatan.
CARA PENGEBUMIAN ORANG MURTAD :
Jika benarlah itu yang terkandung di dalam surat wasiatnya (harap-harap tak betul) , maka tidak lain dan tidak bukan dia tidak layak untuk dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam walaupun terdengar ura-ura mengatakan anaknya akan berusaha untuk membawanya pulang ke tanah air dan dikebumikan secara islam.
Orang yang murtad sama seperti orang kafir yakni bukan orang islam. Dalilnya :
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”.
(Al-Baqarah 2/217)
KESIMPULAN :
Keluarga Mariam seharusnya merujuk masalah ini kepada pihak yang berwajib dan bertanyakan pada mereka macam mana nak buat. Bukannya terus membuat keputusan secara “direct”. Masalah ini berkaitan dengan akidah.
p/s : Artikel ini terbuka untuk dibincangkan.
dah terbukti mariam msih islam.alhamdulillah
pape pon…kte doakn yg trbaek..tok arwahhh,,,
moga roh nye di cucuri rahmat n dtrima,,,
insyaAllah,,,
kite doa kan je
tapi ksh nenek mariam memang sdih
subhanallah … ni kisah bila ni ???
2 tahun lepas