Keliru….

August 3rd, 2010 by admin Leave a reply »

Assalamualaikum…..

Salam sejahtera.

Anda biasa dengar dengan perkataan ini, saya pun sama. Dalam ruangn kali ini saya ingin berkongsi berkenaan kekeliruan yang berlaku di sekeliling kita.

Dalam beberapa bulan lepas, saya ada membaca sebuah artikel di dada akhbar tempatan yang menyatakan bahawa beberapa orang artis yang memeilih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Antara bekas artis yang dimaksudkan ialah pelakon Ali Setan pada suatu ketika dahulu. Sekarang dia telah berubah darisudut penampilan secara drastik terutamanya pakaian.

Apa yang menariknya ialah ayat yang digunakan iaitu “mendekatkan diri kepada Allah”. Bagi saya istilah ini tidak tepat bahkan terpisah dari maksudnya yang sebenar.  Seolah-olah apa yang cuba digambarkan oleh penulis ialah mendekatkan diri kepada Allah hanya pada waktu tertentu sahaja, sedangkan pada waktu yang lain tidak perlu.

Sebenarnya dalam apa jua keadaan pun kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T termasuklah sewaktu terlibat dalam bidang seni termasuk lakonan. Bukan itu sahaja bahkan di mana sahaja kita berada, perasaan dekat kepada  Allah itu mesti ada. Dengan cara itu akan menjadikan diri kita terkawal dari melakukan dosa kepada Allah.

Erti sebenar dekat kepada Allah ialah sentiasa ingat kepada hukum Allah dalam segala perbuatan dari mula bangun pagi sehinggalah hendak melelapkan mata di malam hari. Semua itu terhimpun dalam aspek ilmu fekah yang terdiri dari ibadat khusus, muamalat, perkahwinan, jenayah pemerintahan dan sebagainya lagi. Yang menjadi keliru kapada penulis ialah erti dekat kepada Allah itu difahami melalui perubahan pakaian dan pengasingan diri dari dunia lakonan.

Apa yang perlu diperbetulakan ialah dalam dunia lakonan lagi sesorang artis itu perlu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bertepatan dengan firman Allah dalam Kitabnya :

( وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون )

“Tidak aku jadikan jin dan  manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu”

Maksud ibadah dalam ayat di atas bukan semata-mata ibdah khusus seperti berzikir dan membaca Al-Quran di masji-masjid atau surau, tetapi mencakupi seluruh aspek kehidupan.

Cuba kita fikirkan dengan ayat di atas jika Allah semata – mata ingin kita beribadah khusus seperti saya sebutkan tadi, bagaimana pula dengan tugas kita untuk mencari rezeki termasuk melalui bidang seni dan sebagainya? Dari itu mencari rezeki juga adalah ibadah yang kita perlu ikut peraturan Allah yang memberi erti “mendekatkan diri kepada Allah”

Sekian Wassalam.

Related Posts with Thumbnails
Share
Advertisement

Leave a Reply

CommentLuv badge