Hukum Bukan Islam Masuk Masjid

September 3rd, 2010 by admin Leave a reply »

Telah berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulamak tentang hukum orang bukan islam yang memasuki masjid. Pendapat yang paling kuat ialah mereka boleh memasukinya.

Berikut ialah pendapat berserta dalil setiap pandangan ulamak:

1) Boleh orang kafir memasuki semua masjid hatta masjidilharam sekalipun. Pendapat ini di pegang oleh ulama bermazhab Hanafi. Dalil mereka ialah sebuah Hadis yang menyatakan bahawa Nabi S.A.W pernah menerima tetamu dari bani thaqif di dalam masjid Baginda sedangkan mereka adalah orang kafir.Yang kotor ialah akidah mereka yang sekali-kali tidak akan mencemarkan kesucian masjid secara zahir.Pandangan ini juga berhujjah dengan ayat :

Masuk ke masjid di dalam ayat diatas ialah masuk dengan dengan sombong dan membuat kekacauan atau masuk bertawaf dengan bertelanjang seperti yang biasa dilakukan pada zaman jahiliah.

2) Boleh memasuki semua masjid dengan keizinan orang islam kecuali masjidilharam dam masjid-masjid di seluruh tanah haram sama sekali tidak dibenarkan. Ini ialah pandangan mazhab Syafii, sila lihat kitab Raudhatu Toolibin karangan Imam Nawawi (1/296). Pendapat ini juga dipegang oleh salah satu riwayat dalam  mazhab Hanbali.

Said Al-Musayyab berkata : Abu Sufyan pernah memasuki masjid Madinah semasa kufurnya. Begitu juga dengan Umair bin Wahab memasuki masjid semasa Nabi berada di dalamnya untuk membunuh Baginda namun Allah menganugerahkan Islam kepadanya.

3) Tidak boleh sama sekali orang bukan islam memasuki mana-mana masjid. Pendapat ini dipegang oleh satu riwayat dalam Mazhab Hanbali. Dalil mereka ialah : Abu Musa masuk ke dalam masjid berjumpa Umar dan di tangannya ada sebuah buku. Umar berkata “Berikan buku itu kepada penulisnya untuk dibaca” . Abu Musa berkata : “Penulis buku ini tidak boleh memasuki masjid”. Umar bertanya : “Kenapa?”. Abu Musa menjawab : “Dia seorang nasrani”.

Ini merupakan dalil yang kuat mengikut pendapat ini. Mazhab ini juga berhujjah bahawa perempuan haida dan nifas pun dilarang berada di dalam masjid, inikan pula orang bukan islam, maka lebih lagilah larangannya!

4) Orang bukan islam dilarang memasuki masjid melainkan kerana keperluan kerja. Pandangan ini dipegang oleh mazhab Maliki.

Pendapat yang paling kuat ialah yang membenarkan orang bukan islam memasuki masjid dengan keperluan  kecuali Masjidilharam di Makkah. Boleh juga jika masuk yang ada kebaikan agama seperti mengajak mereka kepada Islam. Dalam sebuah hadis sahih ada menceritakan bahawa sahabat Nabi bernama Sumaamah bin Asaal pernah diikat ditiang masjid sebelum dia memeluk islam.

Wallahua’alam…

Sumber : www.islamweb.net

Related Posts with Thumbnails
Share
Advertisement

Leave a Reply

CommentLuv badge