Dalam Harakah Ada Syiah?

September 3rd, 2011 by admin Leave a reply »

Malaysia adalah sebuah Negara yang aman merdeka! Itulah yang dilaung-laungkan saban tahun dan ketika. Benarkah begitu?

Agama islam merupakan agama rasmi di Malaysia! Itulah yang termaktub dalam perlembagaan. Namun islam di Malaysia terancam dari segala sudut samaada dari luar atau dari dalam. Islam yang saya maksudkan di Malaysia ialah yang berpegang kepada  akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akidah inilah yang akan menjamin kelangsungan keamanan yang sesuai dengan nama islam itu sendiri dan juga sesuai dengan slogan Malaysia aman dan merdeka itu tadi.

Bagaimana islam terancam? Seperti yang saya katakan tadi bahawa serangan ke atas islam Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia datangnya dari luar dan dalam. Dari luar datangnya dari penganut agama lain dan yang terbaru adalah kristian yang mengambil kesempatan di atas kelemahan badan islam membantu kemiskinan umat. Gerakan badan gereja seperti yang berlaku di Selangor baru baru ini cukup halus dan mengancam. Ditambah pula akta pencegahan murtad yang tidak konsisten. Inilah akibat sekularisma dalam perlembagaan. Islam hanya sebagai penumpang sahaja bukan pengemudi.

Sementara ancaman ke atas kesejahteraan islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dari dalam datangnya dari dua sumber. Pertama dari Wahabi atau kaum muda dan Kedua datangnya dari Syiah. Kedua-dua sumber ini akan mencetuskan perpecahan umat islam di Malaysia. “Wahabi hanya sesuai diamalkan di Arab Saudi atau negeri yang sewaktu dengannya dan Syiah pula hanya sesuai diamalkan di Iran. Mengapa hendak diubah pegangan umat islam Malaysia yang sebati dengan mazhab Imam Syafii sejak zaman berzaman?” Itulah kata-kata mufti Kedah Dato’ Badaruddin Ahmad yang masih terngiang-ngiang di benak saya semasa berucap dalam majlis Ijtimak Pengkuliah Umumi di Kediaman Menteri Besar Kedah awal Ramadhan 2011.

Dalam artikel kali ini saya hanya ingin menyentuh tentang ancaman Syiah kerana saya melihat fahaman ini lebih berbahaya berbanding fahaman wahabi.

 

Tentang Syiah

Syiah telah muncul lama setelah kewafatan Baginda besar Nabi Muhammad S.A.W . Sehingga sekarang penganut syiah telah berkembang di beberapa buah Negara arab terutamanya di Iran, Bahrin dan yang terbaru di Iraq. Semasa pemerintahan Saddam Hussin, puak syiah tidak berani menunjukkan taringnya kerana Saddam Hussin yang merupakan penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah berjaya mengekang ancaman mereka. Namun apabila Saddam Hussin digulingkan, puak syiah telah menunjukan taringnya dengan menangkap,mengurung dan membunuh penganut Sunnah Wal Jamaah atau Sunni. Para pembaca boleh menonton video yang dimuat naik dalam laman Youtube yang membongkarkan rahsia tersebut. Sekarang pengahapusan etnik secara terancang sedang berlaku di Iraq. Tidak hairanlah jika semasa Saddam Hussin digulingkan Amerika, terdapat rakyat Iraq yang menyokong tindakan Amerika itu. Saya membuat kesimpulan; itulah orang syiah.

Syiah adalah satu ajaran sesat yang bermula dari pangkal. Ia tidak sama dengan ajaran sesat yang berlaku dalam masyarakat kita. Ajaran sesat dalam masyarakat Malaysia khasnya diubah oleh pengikut bertentangan dengan apa yang digariskan oleh ulama dimana ulama adalah pangkalnya. Sementara ajaran syiah telah disesatkan oleh ulamanya sendiri! Apatah lagi pengikutnya. Jadi kesesatan yang berlaku dalam syiah menular dari pangkalnya lagi.

Antara kesesatan syiah yang diamalkan bertentangan dengan dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:

1)      Kahwin mutaah : Ianya merupakan satu amalan di mana seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan yang ia sukai dalam beberapa tempoh tertentu seperti seminggu, sebulan atau setahun. Amalan ini jelas bertentangan dengan perkahwinan dalam islam sebenar yang tidak menetapkan had masa perkahwinan kerana ianya bersifat kekal. Jadi samalah amalan kahwin syiah ini dengan pelacuran!

2)      Mencederakan diri sendiri : Amalan ini kononnya untuk meratapi kesengsaraan Saidina Ali. Ianya disambut setiap tahun pada 10 Muharram. Pada masa ini penganut syiah akan berkumpul beramai-ramai dan mencederakan diri mereka samaada dengan menampar muka sendiri atau melibas bahagian belakang menggunakan pisau yang diikat pada rantai. Bukankah Islam melarang umatnya memudharatkan diri sendiri?

3)      Mengkafirkan para sahabat Nabi selain Saidina Ali : Seperti dimaklumi bahawa syiah adalah penyokong Saidina Ali yang ekstrimis sehingga mereka sanggup mencerca para sahabat yang lain bahkan sanggup pula mengkafirkan mereka. Ini jelas bertentangan dengan Hadis Nabi yang menganggap para sahabat umpama bintang-bintang di langit. Segala perlakuan para sahabat adalah betul belaka.

4)      Membunuh Sunni : Pada golongan syiah, dengan membunuh orang sunni pada 10 muharram akan mendapat pahala yang besar. Ini sangat bertentangan dengan prinsip islam yang mengharamkan pembunuhan tanpa hak. Dengan fahaman ini tidak mustahil keamanan di Malaysia akan tergugat seperti halnya yang berlaku di Iraq dan Bahrin jika terus dibiarkan.

5)      Mengubah lafaz azan : Azan yang dilaungkan oleh golongan syiah diubah dengan ditambah selepas laungan Syahadatain dengan lafaz pujian terhadap Saidina Ali iaitu أشهد أن علي ولي الله   dan  أشهد أن علي حبة الله

 

 Syiah Di Malaysia

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengaharamkan ajaran syiah di Malaysia. Pengharaman tersebut disebabkan amalan syiah itu sendiri yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia sejak dahulu lagi. Namun begitu kedegilan puak syiah Malaysia yang terdiri dari kalangan orang melayu sendiri semakin berani cuba menyebarkan fahaman tersebut. Antara markas gerakan syiah yang sering diserbu ialah di Gombak.

Pihak JAIS menjalankan tugas mereka menyerbu majlis jamuan yang diadakan secara terbuka yang bertujuan memperkenalkan syiah itu sendiri. Begitu juga dengan beberapa individu yang lantang menentang fahaman syiah seperti yang saya kenal Dr. Abdul Aziz bin Hanafi, Dekan Kolej Universiti Insaniah. Beliau amat tegas dan marah dengan kewujudan syiah di Malaysia sekarang.

Jika diamati video berkenaan syiah di Malaysia dalam Youtube, para pembaca akan mendapati bahawa pengikut syiah majoritinya terdiri daripada golongan muda yang seolah olah rapuh imannya. Inilah akibatnya dari kegagalan ibubapa mendidik sedari kecil anak mereka mengenai  asas-asas agama.

Jika anda layari Facebook, anda akan dapati beberapa fakta menarik tentang penyelewengan syiah di Malaysia dan seluruh dunia.

 

Syiah Dalam PAS

Semasa saya perhatikan gambar gelombang BERSIH 1 yang diadakan suatu ketika dahulu, saya dapati di dalamnya ada penyokong yang membawa gambar pemimpin syiah Iran Ayatollah Khomenei. Lantas hati saya terdetik “Adakah syiah dalam PAS?”. Keadaan itu menyokong lagi maklumat awal saya yang saya dapat dari beberapa tokoh ilmuwan dalam Malaysia yang menyatakan bahawa dalam PAS wujud golongan syiah. Pertengahan tahun 2011 saya dimaklumkan oleh kenalan saya bahawa seorang pemimpin PAS peringkat pusat ada kecenderungan terhadap syiah. Dan yang paling mengukuhkan fakta kewujudan syiah dalam PAS ialah harakah keluaran 12 – 14 Ramadhan 1432 / 12 – 14 Ogos 2011 dalam ruangan “primafacie” dengan tajuk “Iran yang saya lihat” tulisan Mohamed Hanipa Maiden. Antara kenyataan penulis dalam ruangan tersebut yang nampaknya ada kecenderungan ke arah syiah ialah :

1)      “Agak banyak juga buku-buku karangan ulama dan cendekiawan Iran yang saya baca dari dulu hingga kini. Di bangku sekolah saya banyak membaca tulisan dan buku karangan Ayatollah Khomeinie, Muttahari, Montazeri dan Ali Shariati”

Bukankah ulama – ulama ini berfahaman syiah rafidhah yang ekstrimis terhadap golongan sunni?

2)      “Di Majma’ Ahlul Bait saya melihat satu buku karangan ulama syiah yang membahaskan buku halal dan haram karangan Yusuf Al-Qaradhawi dan setiap tajuk dan dalil dalam buku tersebut dibahas secara ilmiah”

Kenyataan ini menggambarkan seolah-olah Yusuf Qaradhawi dan bukunya dihentam oleh ulama syiah. Wallahua’lam….

3)      “Lawatan di Iran tidak akan sempurna tanpa melawat rumah kediaman Imam Khomeini. Ya Salam! Daifnya rumah seorang pemimpin utama Iran. Saya bertanya kepada diri saya jika rumahnya daif sebegini terfikirkah pemimpin sepertinya untuk rasuah dan curi harta rakyat.”

Kenyataan ini menggambarkan bahawa penulis mengagungkan Khomeinie. Bagi saya  jika dari segi akidah syiah sudah rosak, maka perkara baik yang lain tidak perlu dipandang lagi.

Saya dapat menyimpulkan bahawa boleh jadi penulis terdedah dari awal lagi mengenai syiah membuatkan beliau hanya nampak kebaikan sampingan berbanding akidah asas yang sangat membahayakan ummah. Saya berharap agar penulis dapat menyemak semula kefahaman beliau mengenai syiah dengan berdiskusi  bersama ulama ulama ahlu sunnah yang terdapat dalam PAS.

Keberadaan syiah di Malaysia tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan akan mengancam keselamatan negara suatu hari nanti. Kita sudah tentu tidak mahu keadaan tersebut berlaku. Jangan kita biarkan Malaysia menjadi  Iraq kedua.

Akhir kata renunglah video ini. Dan jangan lupa sertai Fan Anti Syiah di Facebook.

 

Related Posts with Thumbnails
Share
Advertisement

Leave a Reply

CommentLuv badge