Wajib Mandi Setiap Hari?

December 8th, 2009 by admin Leave a reply »

Baru-baru ni saya terbaca komen seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan bahawa kita wajib mandi setiap hari. Oleh kerana saya merasakan mungkin ramai lagi yang  terkeliru dengan bab mandi ni, jadi saya ambil keputusan untuk tulis pasal  mandi ni.

Mandi di sungai

Mandi di sungai

Dalil :

Firman Allah dalamAl-Quran yang bermaksud :

…. “dan jika kamu berjunub Maka mandilah” (Al-Maaidah :6)

Sabda Nabi S.A.W maksudnya :

“Apabila telah bertemu khitan dengan khitan, maka wajiblah mandi”

(Khitan bertemu khitan = bersetubuh)

Pembahagian mandi :

Mandi wajib – disebabkan oleh beberapa perkara seperti bersetubuh, keluar mani, suci daripada haid dan mati. apabila berlaku salah satu dari perkara tersebut, maka wajiblah mandi. Mengapa wajib? Jawapannya ialah jika tidak mandi,  ibadat kita terutamanya solat tidak akan sah. Solat itu wajib. jadi perkara yang membawa kepada sahnya solat  iaitu mandi juga wajib. Ingat tu…

Mandi sunat - Mandi yang dikategorikan sunat puala ialah seperti mandi dua hari raya, mandi hari jumaat, mandi kerana memandikan mayat dan lain lagi. Jika kita mandi sunat ni, akan dapat pahala.Mandi yang wajib tadi pun akan dapat pahala juga.Bezanya kalau kita tak mandi yang wajib tu, akan berdosa. Mandi yang sunat ni pula kalau tak dilakukan tidak lah berdosa.

Mandi harusMandi setiap hari yang bukan termasuk dalam kategori wajib dan sunat tadi. Maksudnya mandi yang kita lakukan untuk membersihkan diri. Biasanya tiga kali sehari. Mandi ni tidaklah dikatakan wajib kerana jika kita tidak mandi pun, solat yang kita lakukan akan sah dan diterima Allah.Cukup sekadar berwudhuk sahaja. Saya pun semasa di luar negara dulu pernah tak mandi selama seminggu. Tu lah rekod paling lama saya tak mandi dalam hidup saya. Tapi solat tetap dilakukan dengan sah.

Mungkin anda tertanya mengapa saya tak mandi seminggu? Ianya kerana cuaca di negara tersebut sangat sejuk. Jika mandi setiap hari akan memudharatkan kesihatan. Walaupun tak mandi seminggu, badan saya tidak berbau. Di Malaysia tak ada masalah macam tu, jangan kata seminggu, dua hari tak mandi pun dah tak boleh tahan, badan pasti berbau asem…

Kesimpulan : Apa pun saya harap pembaca dapat memahami jenis-jenis mandi dan pembahagiannya. Jangan terkeliru dengan istilah ok…sekian wassalam.

Related Posts with Thumbnails
Share
Advertisement

3 comments

  1. a says:

    terima kasih atas semua info ini…
    :)

  2. Kujie says:

    wajib mandi dan mandi wajih tu dua perkara yg berbeza…:p

    ikut cuacalah – tempat kita yang panas dan kelembapan tinggi kenalah mandi 2-3 kali sehari…. pengsan org terdekat nnt :)

  3. admin says:

    Betul,,,dua-dua tak sama. Yang pertama adalah hukum dan yang kedua adalah jenis tapi di penghujungnya kena mandi jugak…

Leave a Reply

CommentLuv badge