Archive for the ‘Isu Semasa’ category

Kenduri Kahwin: Antara Adat dan Ibadat

December 21st, 2009

Tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya. Bulan Disember yang dilalui penuh dengan walimatul urus atau kenduri kahwin. Di Kedah kenduri kahwin  banyak diadakan pada hari sabtu dan Ahad.

Hiasan sahaja

Hiasan sahaja

Di sepanjang memenuhi jemputan tuan rumah menghadiri kenduri yang diadakan, pancaindera pasti tidak terlepas dari merasai perkara yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat islam terutamanya di Malaysia : Nyanyian artis melalui CD atau DVD. Sesuatu yang mencacatkan keberkatan majlis. Bila ditanya”Mengapa begitu?” Jawapan yang diberi “Sesekali jer seumur hidup”. Jawapan yang tak sepatutnya. Namun begitu ada juga majlis kenduri yang berlangsung penuh dengan kawalan hukum. Tahniah atas keprihatinan itu.

Setiap bangsa ada adat dan cara hidup masing-masing.Ada yang baik dan ada yang sebaliknya. Pada kebiasaannya adat budaya sesuatu bangsa itu diwarisi dari generasi ke generasi atau diambil dari bangsa lain. Adat ini dijaga dan dipelihara sebaiknya sehingga ada yang mengganggapnya sebagai warisan bangsa atau kaum.

Realiti ini walaupun tidak dikira pelik pada kebanyakkan orang, tetapi kepada umat islam adalah sesuatu yang sangat jelek dan pelik. Bahkan lebih dari itu lagi iaitu mungkar. Mengapa begitu? Alasannya ialah Umat Islam agamanya Islam, Islam adalah cara hidupnya untuk selama-lamanya, mengapa hendak turun dari ketinggian Islam itu ke tahap yang lebih rendah?

Penyakit meniru cara hidup orang kafir ini atau dipanggil membudayakan budaya kafir telah membarah di dalam kehidupan orang-orang Islam sehingga merugikan Umat Islam itu sendiri. Contoh yang dapat dilihat ialah dalam pelaksanaan majlis perkahwinan. Kenduri kahwin yang disyariatkan Islam itu sudah bertukar wajah. Menukarkan yang haram kepada boleh umpamanya percampuran lelaki dan perempuan yang tak sepatutnya dan penganjuran tarian joget lambak. Ianya masih berlaku dalam masyarakat islam kini. Dengan keadaan ini jadilah Majlis kahwin itu jauh dari hukum syarak.

Oleh itu di sini akan dinyatakan ciri-ciri majlis perkahwinan yang sepatutnya dilakukan oleh orang islam sebagai peringatan dan bertepatan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W agar majlis tersebut menjadi satu bentuk ibadat kepada Allah S.W.T dan sebab untuk mendapat redha dan taufikNya.

Kenduri kahwin dianjurkan adalah untuk mewar-warkan kepada orang ramai bahawa seseorang itu telah bernikah. Hal ini bertujuan mengelakkan buruk sangka dan umpatan jika orang disekeliling tidak tahu.

Di dalam sebuah Hadis Nabi S.A.W telah menyuruh kita mewar-warkan pernikahan yang telah berlangsung, Berdasarkan beberapa hadis nabi S.A.W dapatlah disimpulkan bahawa mewar-warkan pernikahan itu terjadi dengan tiga cara :

1) Kenduri : iaitu menjemput orang ramai makan makanan yang telah dimasak dan digulaikan. Sebaik-baik kenduri adalah denga daging kambing. Sesungguhnya Nabi S.A.W  mengadakan kenduri dengan tepung dan tamar ketika bernikah dengan Sofiyyah R.A. Begitu juga ketika bernikah dengan Zainab binti Jahsi R.A, Baginda mengadakan kenduri dengan daging kambing. Dalam peristiwa yang lain,  seorang sahabat memberitahu Nabi bahawa dia telah bernikah, lalu Nabi pun menyuruhnya mengadakan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing.

2) Nyanyian : Disunatkan bernyanyi di dalam majlis kenduri…tetapi lagu yang bagaimana? Lagu yang dibenarkan adalah seperti dalam bentuk syair atau senikata yang tidak ada unsur lucah dan kurang sopan. Lagu itu pula tidak boleh dinyanyikan oleh artis-artis yang profesionnya atau kerja utamanya  ialah menyanyikan lagu lagu yang tak sepatutnya seperti lagu lucah di tempat-tempat lain. Begitu juga lagu yang dinyanyikan itu tidak boleh beriringan dengan alatan muzik yang diharamkan seperti gitar dan biola. Sebaliknya alatan yang dibolehkan adalah seperti tamborin.

3)Tamborin :Dengan memukul tamborin akan menarik perhatian orang lalu dengan sendirinya berita pernikahan seseorang itu akan tersebar. Nabi S.A.W telah mengizinkan kita memukul tamborin pada hari perkahwinan dan hari raya.

Kesimpulan : Adalah menjadi kewajipan orang islam untuk mengembalikan hukum Islam yang mulia di dalam majlis-majlis perkahwinan yang dianjurkan lalu menjadikan majlis perkahwinan yang islamik itu tertegak tanpa ada unsur -unsur maksiat di dalamnya. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Namun begitu Alhamdulillah dalam masyarakat kita terdapat banyak penyair dan ahli sastera yang mampu menggubah syair yang menarik untuk didendangkan di dalam majlis kenduri kahwin.

Dalam masyarakat Islam yang lain ada juga orang yang menggubah kicauan lagu dan ada juga yang menggubah nada yang berbagai bagai untuk dimainkan dengan tamborin dan seumpamanya. Denganini tidaklah sukar untuk kita menyambut majlis perkahwinan yang bertepatan dengan tuntutan syarak. Lalu bebaslah kita semua dari bala yang besar dan penyakit masyarakat yang berbahaya yang telah menular di kebanyakkan negara Islam sehinggakan kita dapat lihat ada di kalangan orang islam itu mengalahkan orang barat dalam mengadakan majlis perkahwinan yang penuh dengan maksiat. majlis seperti ini biasanya diadakan di hotel-hotel dan tempat-tempat hiburan.

Hikmah mewar-warkan perkahwinan ialah :

1) Menyampaikan berita itu kepada masyarakat sekeliling agar tidak berlaku umpatan.

2) Menampakkan nikmat Allah S.W.T ke atas manusia dimana hubungan lelaki dan perempuan yang pada asalnya adalah haram, telah dihalalkan. Begitu juga menjadikan hukum halal kahwin dengan ibu bapa mertua pada asalnya, telah bertukar haram hanya kerana disebabkan ikatan perkahwinan tersebut.

p/s – Sebahagian artikel ini diterjemahkan dari buku kecil berbahasa arab yang bertajuk “Usulul Muaasyarah Azzaujiyyah” karangan Al-Qaadhi Assyeikh Muhammad ahmad Kan’an.

Share

Boleh Mendoakan Laknat Ke Atas Penzalim

December 1st, 2009

MUQADDIMAH :

Orang zalim boleh diumpat dan didedahkan keburukannya bahkan berdoa untuk memusnahkannya dibenarkan oleh syarak, tetapi awas kepada sesiapa yang melaknat orang tertentu kerana kita tidak tahu bagaimna akhir nyawanya, boleh jadi dia akan mati dalam keadaan iman. Adapun melaknat seorang hakim yang zalim, jika dengan laknat itu akan menyebabkan fitnah, maka ianya ditegah.

Hiasan semata

Hiasan semata

Kezaliman wajib dijauhkan dari umat islam begitu juga dari kelompok manusia bukan islam. Zalim itu kegelapan. Tidak ada sesuatu yang lebih menyeksa jiwa selain perbuatan zalim. Sabda Nabi S.A.W :

“Takutlah kamu akan kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat”

Sesiapa yang tidak mampu menghalang kezaliman dengan tangannya atau dia mampu tetapi akan menyebabkan akibat yang lebih buruk atau pertumpahan darah, maka tidak mengapa dibiarkan kezaliman itu dan hendaklah dalam keadaan itu dia berdoa kepada Allah agar dimusnahkan penzalim tersebut. Itulah senjata yang selayaknya. Doa orang yang dizalimi pada pertengahan malam tidak ditolak oleh Allah S.W.T. Dan panahan diwaktu malam tidak akan tersasar. Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa mengumpat orang yang berlaku zalim tidaklah berdosa malah lebih dituntut dan hukumnya sunat demi untuk mengingatkan orang lain agar berhati hati dengan kezalimannya. Firman Allah S.W.T :

«لا يحب الله الجهر بالسوء من القول الا من ظلم وكان الله سميعا عليما»،

Ayat di atas bermaksud tidak menjadi kesalahan memperbesarkan sifat zalim seseorang dan tidak mengapa mendoakan kebinasaannya samaada secara diam-diam atau terang terangan. Sabda Nabi S.A.W :

ثلاثة لا غيبة فيهم: الفاسق المعلن بفسقه، وشارب الخمر، والسلطان الجائر

Ertinya : Tiga golongan yang boleh untuk diumpat ialah : 1) Orang fasik yang menampakkan kefasikannya secara terang terangan. 2) Peminum arak. 3) Pemerintah yang menindas.


HUKUM DOA LAKNAT :

Ulamak berselisih pendapat berkenaan hukum melaknat orang islam yang fasik atau zalim.

Pendapat pertama iaitu pendapat yang terpilih : Tidak dibolehkan . Dalil yang menjadi sandaran kepada pendapat ini ialah Hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang seorang peminum arak yang berkali-kali dihadapkan kepada Baginda. Lalu berkatalah beberapa orang yang berada bersama Nabi : Ya Allah laknatkanlah peminum arak ini kerana telah banyak kali kesalahan yang dilakukannya. Mendengarkan itu Nabi pun bersabda :

“Demi Allah setakat yang aku tahu, dia adalah seorang yang menyintai Allah dan Rasulnya”

Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Hanafi, Syafii, Hanbali dan satu pendapat dari Mazhab Maliki.

Pendapat kedua : Dibolehkan walaupun dengan menyebut nama seseorang. Pendapat ini bersandarkan kepada dalil bahawa Nabi S.A.W membaca doa qunut yang berbunyi

اللهم العن فلانا وفلانا لاحياء من العرب

Pendapat ini juga mengatakan tidak boleh minta laknat ke atas orang bukan islam yang tertentu (disebut namanya) kerana tidak diketahui bagaimana keadaannya bila meninggal dunia kelak, boleh jadi dia akan mati sebagai orang islam. Firman Allah S.W.T :


ان الذين كفروا وماتوا وهم كفار اولئك عليهم لعنة الله والملائكة والناس اجمعين

Ertinya : “ Orang-orang kafir yang telah mati Dalam keadaan kufur, mereka mendapat laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya”

Ayat di atas membawa maksud bahawa orang-orang yang mati dalam keadaan beriman tidak akan mendapat laknat.

Pendapat ketiga : Dibolehkan dengan syarat orang-orang yang diminta laknat itu tidak disebutkan nama mereka. Pendapat ini mengambil dalil apabila Nabi S.A.W meminta laknat ke atas orang-orang yang menyambung rambut(pemilik kedai) dan yang meminta disambungkan rambut(pelanggan).Rambut yang dimaksudkan ialah rambut palsu.

KESIMPULAN :

Berdasarkan perbahasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa mendedahkan keaiban hakim( tidak termasuk pemerintah ) yang zalim atau minta laknat ke atasnya berbeza hukumnya berbanding orang biasa(termasuk pemerintah). Bagi seseorang hakim, dia ada beberapa perkara yang tidak ada pada orang lain. Walaupun secara asasnya mendedahkan keburukan hakim adalah dibolehkan, tetapi jika dengan pendedahan itu akan membawa kepada kerosakan dan huru hara maka ianya tidak dibolehkan. Tindakan ke atas hakim tersebut hendaklah diserahkan kepada orang yang berkelayakkan sahaja secara rahsia.

Sumber – http://www.alqabas.com.kw/Article.aspx?id=514298

ISU SEMASA

Jika dikaitkan permasalahan di atas dengan isu yang ditimbulkan sekarang ini di mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat diserang oleh pelbagai pihak yang mengatakan bahawa tidak sepatutnya beliau meminta laknat ke atas kerajaan semasa, maka tindakkannya itu termasuk dalam kategori pendapat kedua. Dari segi hukum, tidak menjadi kesalahan kepadanya di atas tindakan beliau itu kerana dia boleh memilih pendapat mana yang dia suka dan pendapat itu ada sandaran Nas yang boleh diterima menurut islam.Wallahu A’lam.

Share

Tradisi vs Wahabi

November 7th, 2009

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Sekarang antara isu hangat yang masih panas dibincangkan di mana – mana sahaja di Malaysia ialah isu penangkapan Dr. Asri Zainul Abidin, bekas mufti Negeri Indera Kayangan. Isu tangkapan beliau telah menaikkan lagi sahamnya. Orang yang tak kenal jadi kenal. Mana tidaknya boleh dikatakan setiap hari ada sahaja cerita » Read more: Tradisi vs Wahabi

Share

Sejadah berdiri menguji iman

October 23rd, 2009

ASSALAMUALAIKUM….

Maaf  kerana agak lama tidak menulis. Kali ini tergerak di hati saya untuk mengulas  satu isu yang agak melucukan saya : Sejadah berdiri. Cerita sejadah berdiri seingat saya sudah lama diperkatakan. Dulu ianya tidak sensasi kerana media tidak memainkan peranan. Tapi sekarang jadi cerita sensasi pulak bila media yang mensensasikannya.

IMAN DAN PERCAYA

Saya sebagai seorang islam hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah dan Rasulnya. Begitu juga anda tidak dapat tidak mesti percaya 100%. Kepercayaan kepada keduanya diterjemahkan melalui pegangan dan amalan seperti yang ditunjukkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Semua amalan tersebut bersandarkan kepada beberapa asas iaitu kerana inginkan pahala yang boleh membawa ke syurga dan enggan kepada dosa yang boleh membawa ke neraka. Juga kerana takutkan perkara – perkara dahsyat di padang mahsyar seperti melintas titian sirat, matahari sejengkal di atas kepala, tenggelam di dalam peluh sendiri, timbangan amalan baik dan buruk dan berbagai lagi peristiwa akhirat. Semua peristiwa tersebut berlaku setelah kematian kita. Tidak ada siapa pun di antara  kita yang pernah melihatnya. Kalau ada tentulah mustahil sebab orang yang telah mati di dunia tidak akan kembali semula ke situ. Jadi bagaimana kita tahu peristiwa-peristiwa tadi? Mestilah melalui » Read more: Sejadah berdiri menguji iman

Share

Unsur Seks Dalam Iklan Air Asia

October 16th, 2009

Salam sejahtera…

Siapa tidak kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah negara yang telah mendapat anugerah antarabangsa : Air Asia.

Jika anda perasan dalam iklan terbaru syarikat tersebut dalam mempromosi kapal terbang Airbusnya terdapat unsur yang tidak sepatutnya ada iaitu seks.

Dimana unsur tersebut didapati? Saya nampak Ianya ada pada tiga tempat : » Read more: Unsur Seks Dalam Iklan Air Asia

Share

ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

October 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Muqaddimah :

Sekarang isu yang dibincangkan di peringkat global adalah isu pemakaian purdah oleh wanita islam. Ianya dibangkitkan oleh Syeikhul Azhar  Mohammed Sayyed Tantawi. Beliau telah membuat keputusan mengharamkan pelajar-pelajar wanita di Universiti Al-Azhar dari memakai purdah ketika berada di dalam kawasan universiti  tersebut . Dengan kenyataan beliau sudah pasti menimbulkan polemik di kalangan penganut islam. Alasan yang diberikan beliau adalah untuk » Read more: ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

Share

Hukum Insuran Takaful

September 13th, 2009
PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud “saling tolong menolong”. Jelasnya setiap ahli yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila ditimpa musibah atau dengan kata lain akan mendapat pampasan dalam bentuk kewangan ataupun pembiayaan kos perubatan. Caruman yang dilakukan oleh pencarum dipecahkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukan kedalam akaun milik pencarum tersebut dan sebahagian lagi dimasukan ke dalam tabung dana risiko. Wang yang dimasukkan ke dalam tabung dana risiko itu dikira sebagai tabarru’ (sumbangan). Apabila dinamakan sumbangan, maka wang tersebut  tidak lagi menjadi milik pencarum. Sementara wang yang dimasukan ke dalam akaun pencarum adalah milik pencarum sepenuhnya setelah ditolak kos pengurusan dan sebagainya lagi. » Read more: Hukum Insuran Takaful
Share

Kisah Mariam Dan Murtad…..

September 9th, 2009
MUQADDIMAH :
Boleh dikatakan selalu juga  kita dengar isu murtad. Ada yang di luar Negara macam kisah si Rifqa’ yang dimurtadkan oleh mubaligh kristian melalui facebook, dalam Negara pun tak payah cerita lah..macam-macam kisah tak larat nak dengar. Dan yang terbaru antara luar Negara dan dalam Negara pulak : Kisah Mariam  Johari. » Read more: Kisah Mariam Dan Murtad…..
Related Posts with Thumbnails
Share