Umur dunia semakin meningkat,sudah 2010 tahun lamanya semenjak zaman Nabi Isa Al-Masih. Sebelum itu lagi sudah jutaan tahun, mungkin puluhan juta tahun atau lebih lama lagi usia dunia ini berlalu. Hakikatnya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu usia sebenarnya.

Tahun Baru Islam
Begitulah dengan manusia saban tahun, usia menginjak dewasa, maka saban ketika itulah manusia semakin menghampiri saat bertemu Allah Al-Khaalik, Pencipta dunia ini.
Manusia zaman ini berada di zaman penghujung, zaman dunia berada pada usia tua. Banyak penyakit…banyak bencana, lagak seperti orang tua yang sudah berusia yang sakitnya hanya menunggu saat rebah. Dunia pun begitu hanya menunggu saat hancur lebur ditiup sangkakala.
“Dan kepunyaan Allah rahsia langit dan bumi Dan tidak urusan sa’at kehancuran itu melainkan seperti kedipan pandangan atau lebih dekat lagi Sesungguhnya Allah Berkuasa atas tiap sesuatu” (Al-Quran, surat Al-Nahlu, ke 16 ayat 77)
Kita umat manusia akhir zaman kerana Nabi kita ialah Nabi akhir zaman. Nabi Muhammad adalah pemimpin umat ini. Oleh itu syariat kita adalah syariat Nabi Muhammad S.A.W. hatta jika Nabi Isa turun ke dunia ini pun, dia hendaklah mengikuti syariat Nabi Muhammad. Dari sini adalah menjadi kewajipan kepada semua manusia tidak kira agama apa sekalipun wajib mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi akhir zaman ini. Orang islam tidak ada masalah dalam hal ini kerana kebanyakkan mereka berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad. Akan tetapi orang bukan islam sangatlah bermasalah kerana mereka masih dituntut untuk berpegang dengan syariat tersebut. Jadi sepanjang masa, mereka berdosa kerana mereka tidak melakukan tuntutan itu seperti solat dan sebagainya.
Yang peliknya ada juga orang islam yang beriya-iya meniru orang bukan islam. Dengan rambut pelajar sekolah ala beckam, yang menari dipentas ala artis barat, ada yang idol dan tak idol, mewarnakan rambut dan lagi dan lagi….sehingga ke sambutan akhir tahun pun keadaan tetap sama dari sudut cara sambutan.
Bukanlah hendak dipersalahkan tahun masihi itu kerana ianya sesuatu yang harus dan digunapakai diseluruh dunia, tetapi cara sambutannya yang melampau sehinggakan berpelukan lelaki dan perempuan bukan muhrim, pembaziran dan sebagainya lagi. Yang pastinya tahun baru dirai dengan penuh keseronokan tetapi akhlak manusia semakin tercemar, tidak nampak nilai-nilai islam yang dikehendaki.
Selayaknya tahun hijrah lebih patut dirayakan dengan penuh meriah kerana tahun tersebut dikira bersempena penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah, detik yang memberi simbol segala bentuk penghijrahan yang boleh dikaitkan dengannya. Hijrah Nabi adalah titik tolak hijrah-hijrah yang lain. Sambutannya menjadikan setiap kita lebih hampir dengan ajaran Nabi Muhammad. Kita umat Muhammad mengapa perlu merayakannya dengan penuh suram? Ayuh kita lakukan perubahan sedikit demi sedikit bermula dari diri kita. Kita Umat Muhammad harus menyambut tahun hijrah dengan lebih meriah mengatasi sambutan tahun baru masihi kerana ia melibatkan Nabi kita. Biarkan agama lain menyambut tahun masihi dengan cara mereka tanpa ditiru oleh kita. Bukan tidak boleh disambut tetapi biarlah berpada-pada.
Menjadi tanggungjawab kita mengubah sikap dari meniru budaya kafir kepada mengutamakan budaya islam. Ingatlah ayat ini :
لكم دينكم ولي دين
Bagi kamu agama kamu(kafir) dan bagiku agamaku(islam)