Archive for the ‘Fiqh’ category

Salahkah Ada Perasaan Cinta?

December 20th, 2009

Cinta satu istilah yang lahir dari perasaan antara seseorang kepada seseorang yang lain. Tanpa cinta tidak akan wujud manusia dan keturunannya di atas muka bumi ini. Ada berbagai jenis cinta  : Cinta Allah kepada hambanya, cinta antara ibu bapa dan anak-anaknya, cinta antara suami dan isteri dan begitu juga cinta antara pasangan kekasih.

Bercinta dengan cara yang betul

Bercinta dengan cara yang betul

Cinta antara kekasih sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari sudut yang berbeza.

Cinta satu naluri semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.

Firman Allah S.W.T :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Janganlah dikatakan kepada orang biasa bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.

Jika anda sukakan kepada seseorang, sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi langkah yang anda  perlu lakukan adalah :

1) Merisik latar belakang dirinya.

2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.

3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)

4) Jika sudah cukup bersedia dari segi kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya juga.

5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.

Itulah langkah yang betul bukannya bawa ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah kahwin pun tak buat macam tu.

Jangan nafikan perasaan cinta kepada orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.

Akhir sekali jangan berkahwin tanpa melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.

p/s- Pandangan ini hanya sesuai untuk golongan dewasa bukannya untuk remaja yang masih bersekolah.

Ditulis oleh :

Mahyuddin Wasoh

Kupang, Baling, Kedah.

Share

Wajib Mandi Setiap Hari?

December 8th, 2009

Baru-baru ni saya terbaca komen seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan bahawa kita wajib mandi setiap hari. Oleh kerana saya merasakan mungkin ramai lagi yang  terkeliru dengan bab mandi ni, jadi saya ambil keputusan untuk tulis pasal  mandi ni.

Mandi di sungai

Mandi di sungai

Dalil :

Firman Allah dalamAl-Quran yang bermaksud :

…. “dan jika kamu berjunub Maka mandilah” (Al-Maaidah :6)

Sabda Nabi S.A.W maksudnya :

“Apabila telah bertemu khitan dengan khitan, maka wajiblah mandi”

(Khitan bertemu khitan = bersetubuh)

Pembahagian mandi :

Mandi wajib – disebabkan oleh beberapa perkara seperti bersetubuh, keluar mani, suci daripada haid dan mati. apabila berlaku salah satu dari perkara tersebut, maka wajiblah mandi. Mengapa wajib? Jawapannya ialah jika tidak mandi,  ibadat kita terutamanya solat tidak akan sah. Solat itu wajib. jadi perkara yang membawa kepada sahnya solat  iaitu mandi juga wajib. Ingat tu…

Mandi sunat - Mandi yang dikategorikan sunat puala ialah seperti mandi dua hari raya, mandi hari jumaat, mandi kerana memandikan mayat dan lain lagi. Jika kita mandi sunat ni, akan dapat pahala.Mandi yang wajib tadi pun akan dapat pahala juga.Bezanya kalau kita tak mandi yang wajib tu, akan berdosa. Mandi yang sunat ni pula kalau tak dilakukan tidak lah berdosa.

Mandi harusMandi setiap hari yang bukan termasuk dalam kategori wajib dan sunat tadi. Maksudnya mandi yang kita lakukan untuk membersihkan diri. Biasanya tiga kali sehari. Mandi ni tidaklah dikatakan wajib kerana jika kita tidak mandi pun, solat yang kita lakukan akan sah dan diterima Allah.Cukup sekadar berwudhuk sahaja. Saya pun semasa di luar negara dulu pernah tak mandi selama seminggu. Tu lah rekod paling lama saya tak mandi dalam hidup saya. Tapi solat tetap dilakukan dengan sah.

Mungkin anda tertanya mengapa saya tak mandi seminggu? Ianya kerana cuaca di negara tersebut sangat sejuk. Jika mandi setiap hari akan memudharatkan kesihatan. Walaupun tak mandi seminggu, badan saya tidak berbau. Di Malaysia tak ada masalah macam tu, jangan kata seminggu, dua hari tak mandi pun dah tak boleh tahan, badan pasti berbau asem…

Kesimpulan : Apa pun saya harap pembaca dapat memahami jenis-jenis mandi dan pembahagiannya. Jangan terkeliru dengan istilah ok…sekian wassalam.

Share

Boleh Mendoakan Laknat Ke Atas Penzalim

December 1st, 2009

MUQADDIMAH :

Orang zalim boleh diumpat dan didedahkan keburukannya bahkan berdoa untuk memusnahkannya dibenarkan oleh syarak, tetapi awas kepada sesiapa yang melaknat orang tertentu kerana kita tidak tahu bagaimna akhir nyawanya, boleh jadi dia akan mati dalam keadaan iman. Adapun melaknat seorang hakim yang zalim, jika dengan laknat itu akan menyebabkan fitnah, maka ianya ditegah.

Hiasan semata

Hiasan semata

Kezaliman wajib dijauhkan dari umat islam begitu juga dari kelompok manusia bukan islam. Zalim itu kegelapan. Tidak ada sesuatu yang lebih menyeksa jiwa selain perbuatan zalim. Sabda Nabi S.A.W :

“Takutlah kamu akan kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat”

Sesiapa yang tidak mampu menghalang kezaliman dengan tangannya atau dia mampu tetapi akan menyebabkan akibat yang lebih buruk atau pertumpahan darah, maka tidak mengapa dibiarkan kezaliman itu dan hendaklah dalam keadaan itu dia berdoa kepada Allah agar dimusnahkan penzalim tersebut. Itulah senjata yang selayaknya. Doa orang yang dizalimi pada pertengahan malam tidak ditolak oleh Allah S.W.T. Dan panahan diwaktu malam tidak akan tersasar. Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa mengumpat orang yang berlaku zalim tidaklah berdosa malah lebih dituntut dan hukumnya sunat demi untuk mengingatkan orang lain agar berhati hati dengan kezalimannya. Firman Allah S.W.T :

«لا يحب الله الجهر بالسوء من القول الا من ظلم وكان الله سميعا عليما»،

Ayat di atas bermaksud tidak menjadi kesalahan memperbesarkan sifat zalim seseorang dan tidak mengapa mendoakan kebinasaannya samaada secara diam-diam atau terang terangan. Sabda Nabi S.A.W :

ثلاثة لا غيبة فيهم: الفاسق المعلن بفسقه، وشارب الخمر، والسلطان الجائر

Ertinya : Tiga golongan yang boleh untuk diumpat ialah : 1) Orang fasik yang menampakkan kefasikannya secara terang terangan. 2) Peminum arak. 3) Pemerintah yang menindas.


HUKUM DOA LAKNAT :

Ulamak berselisih pendapat berkenaan hukum melaknat orang islam yang fasik atau zalim.

Pendapat pertama iaitu pendapat yang terpilih : Tidak dibolehkan . Dalil yang menjadi sandaran kepada pendapat ini ialah Hadis Nabi S.A.W yang menceritakan tentang seorang peminum arak yang berkali-kali dihadapkan kepada Baginda. Lalu berkatalah beberapa orang yang berada bersama Nabi : Ya Allah laknatkanlah peminum arak ini kerana telah banyak kali kesalahan yang dilakukannya. Mendengarkan itu Nabi pun bersabda :

“Demi Allah setakat yang aku tahu, dia adalah seorang yang menyintai Allah dan Rasulnya”

Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Hanafi, Syafii, Hanbali dan satu pendapat dari Mazhab Maliki.

Pendapat kedua : Dibolehkan walaupun dengan menyebut nama seseorang. Pendapat ini bersandarkan kepada dalil bahawa Nabi S.A.W membaca doa qunut yang berbunyi

اللهم العن فلانا وفلانا لاحياء من العرب

Pendapat ini juga mengatakan tidak boleh minta laknat ke atas orang bukan islam yang tertentu (disebut namanya) kerana tidak diketahui bagaimana keadaannya bila meninggal dunia kelak, boleh jadi dia akan mati sebagai orang islam. Firman Allah S.W.T :


ان الذين كفروا وماتوا وهم كفار اولئك عليهم لعنة الله والملائكة والناس اجمعين

Ertinya : “ Orang-orang kafir yang telah mati Dalam keadaan kufur, mereka mendapat laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya”

Ayat di atas membawa maksud bahawa orang-orang yang mati dalam keadaan beriman tidak akan mendapat laknat.

Pendapat ketiga : Dibolehkan dengan syarat orang-orang yang diminta laknat itu tidak disebutkan nama mereka. Pendapat ini mengambil dalil apabila Nabi S.A.W meminta laknat ke atas orang-orang yang menyambung rambut(pemilik kedai) dan yang meminta disambungkan rambut(pelanggan).Rambut yang dimaksudkan ialah rambut palsu.

KESIMPULAN :

Berdasarkan perbahasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa mendedahkan keaiban hakim( tidak termasuk pemerintah ) yang zalim atau minta laknat ke atasnya berbeza hukumnya berbanding orang biasa(termasuk pemerintah). Bagi seseorang hakim, dia ada beberapa perkara yang tidak ada pada orang lain. Walaupun secara asasnya mendedahkan keburukan hakim adalah dibolehkan, tetapi jika dengan pendedahan itu akan membawa kepada kerosakan dan huru hara maka ianya tidak dibolehkan. Tindakan ke atas hakim tersebut hendaklah diserahkan kepada orang yang berkelayakkan sahaja secara rahsia.

Sumber – http://www.alqabas.com.kw/Article.aspx?id=514298

ISU SEMASA

Jika dikaitkan permasalahan di atas dengan isu yang ditimbulkan sekarang ini di mana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat diserang oleh pelbagai pihak yang mengatakan bahawa tidak sepatutnya beliau meminta laknat ke atas kerajaan semasa, maka tindakkannya itu termasuk dalam kategori pendapat kedua. Dari segi hukum, tidak menjadi kesalahan kepadanya di atas tindakan beliau itu kerana dia boleh memilih pendapat mana yang dia suka dan pendapat itu ada sandaran Nas yang boleh diterima menurut islam.Wallahu A’lam.

Share

ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

October 11th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Muqaddimah :

Sekarang isu yang dibincangkan di peringkat global adalah isu pemakaian purdah oleh wanita islam. Ianya dibangkitkan oleh Syeikhul Azhar  Mohammed Sayyed Tantawi. Beliau telah membuat keputusan mengharamkan pelajar-pelajar wanita di Universiti Al-Azhar dari memakai purdah ketika berada di dalam kawasan universiti  tersebut . Dengan kenyataan beliau sudah pasti menimbulkan polemik di kalangan penganut islam. Alasan yang diberikan beliau adalah untuk » Read more: ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

Share

Hukum Muzik Dalam Islam

October 5th, 2009
Pengenalan :
Muzik berasal dari perkataan Yunani yang digunakan bagi menunjukkan seni atau kemahiran bermain alat hiburan. Ilmu muzik pula merupakan ilmu yang berkaitan dengan asas-asas irama. Sementara ahli muzik ialah orang yang mahir berkenaan dengan muzik.
Dari segi istilah, muzik ialah ilmu yang membahaskan tentang selok belok nada dan irama, cara-cara menggubah lagu, penciptaan alatan muzik dan bunyi yang terhasil dari alat-alat muzik.
Masalah Cabang :
Mendengar muzik hukumnya adalah berbeza – beza di kalangan ulama. Ia merupakan masalah cabang bukannya masalah asas. Oleh itu tidak sepatutnya seorang muslim itu » Read more: Hukum Muzik Dalam Islam
Share

Hukum Insuran Takaful

September 13th, 2009
PENGERTIAN TAKAFUL
Takaful adalah satu istilah bahasa arab yang bermaksud “saling tolong menolong”. Jelasnya setiap ahli yang menyertai takaful akan mendapat manfaat apabila ditimpa musibah atau dengan kata lain akan mendapat pampasan dalam bentuk kewangan ataupun pembiayaan kos perubatan. Caruman yang dilakukan oleh pencarum dipecahkan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukan kedalam akaun milik pencarum tersebut dan sebahagian lagi dimasukan ke dalam tabung dana risiko. Wang yang dimasukkan ke dalam tabung dana risiko itu dikira sebagai tabarru’ (sumbangan). Apabila dinamakan sumbangan, maka wang tersebut  tidak lagi menjadi milik pencarum. Sementara wang yang dimasukan ke dalam akaun pencarum adalah milik pencarum sepenuhnya setelah ditolak kos pengurusan dan sebagainya lagi. » Read more: Hukum Insuran Takaful
Share

Kisah Mariam Dan Murtad…..

September 9th, 2009
MUQADDIMAH :
Boleh dikatakan selalu juga  kita dengar isu murtad. Ada yang di luar Negara macam kisah si Rifqa’ yang dimurtadkan oleh mubaligh kristian melalui facebook, dalam Negara pun tak payah cerita lah..macam-macam kisah tak larat nak dengar. Dan yang terbaru antara luar Negara dan dalam Negara pulak : Kisah Mariam  Johari. » Read more: Kisah Mariam Dan Murtad…..
Related Posts with Thumbnails
Share