Archive for the ‘Antara Dua’ category

Islam Dan Kristian

January 6th, 2010

Selamatkan Islam!

Selamatkan Islam!

Kedua-duanya bersumberkan Tuhan yang Satu. Mempunyai kitab yang diturunkan melalui Nabi masing-masing. Islam melalui Nabi Muhammad sedangkan kristian atau nasrani melalui nabi Isa. Agama kristian terlebih dahulu diturunkan Allah Yang Maha Agung sekitar dua ribu tahun yang lampau. Islam pula diturunkan sekitar 1400 tahun lampau, terkemudian dari agama kristian.

Pada asalnya kristian juga seperti Islam dalam mengesakan Allah S.W.T, namun lama-kelamaan agama samawi ini telah terpesong dari landasannya yang benar. Ia telahterpesong jauh kerana mengatakan Allah itu mempunyai anak dan isteri. namun Allah menafikan di dalam surah Al-Ikhlas. Agama ini tidak bertahan lama kerana setelah itu Allah telah mengharamkannya untuk dianuti oleh umat manusia. maka datanglah Islam sebagai pengganti.

Setelah Islam menapak di atas muka bumi dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menegakkan kalimah tauhid, pendokong kristian terus mencemburui pemilihan Islam sebagai agama pengganti. Hakikatnya kecemburuan ini datangnya dari pemimpin mereka yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa permusuhan antara kristian dan Islam ini berlaku semenjak zaman berzaman sehinggalah sekarang. Antaranya ialah semasa zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. Telah tercatat dalam sejarah bahawa beliau merupakan pejuang Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman oran-orang kristian pada waktu itu. Maka bertambahlah kebencian oleh orang-orang kristian terhadap Islam. . Contoh semasa ialah tekanan yang telah diberikan oleh barat yang didalangi oleh Amerika terhadap dunia Arab dan Islam. Pemimpin mereka berjaya menimbulkan perasaan islam phobia di kalangan pengikut mereka. Pakatan barat itulah hasil lanjutan  peperangan salib yang tercetus sejak dahulu lagi.

Di Malaysia perkara tersebut tetap terjadi, dan yang terkini ialah isu penggunan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah gereja. Perkara tersebut telah menimbulkan bantahan yang meluas di kalangan penduduk yang beragama Islam sehinggakan perkara tersebut dibawa ke mahkamah. Namun keputusan mahkamah telah memihak kepada gereja tersebut. Ini telah menambahkan lagi kekusutan hubungan antara pihak islam dan kristian. Kesan dari itu telah timbul pelbagai pandangan  di kalangan ilmuan Islam khususnya di Malaysia.

Apa yang menjadi persoalan mengapa pihak kristian ini berkeras untuk menggunakan kalimah “Allah” tersebut walaupun mereka sedar ianya mendapat bantahan dari penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Isalm. Secara kasarnya seolah-olah ada agenda tersendiri yang mendorong mereka untuk berbuat demikian. Padahal ada lagi perkataan lain yang boleh digunakan. Dari sudut pandangan Islam jika sesuatu perkara itu boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat, ianya mestilah dijauhkan. Apa yang boleh diandaikan apabila gereja tersebut mempertahankan tindakan mereka ialah mereka mungkin akan cuba mempengaruhi orang islam dengan mengatakan bahawa Islam dan kristian adalah sama kerana berkongsi perkataan Allah. Ini satu bahaya yang boleh merosakkan umat islam.

Dari itu adalah wajar semua pihak mengemukakan bantahan sehabis mungkin agar tidak ada ruang untuk mereka memporak perandakan Islam di Malaysia ini…..

Allahu Akbar!!!!

Share

Al-Quran Dan Perlembagaan

December 12th, 2009

Kitab Allah yang bernama Al-Quran, turunnya adalah yang terakhir  di muka bumi. Menjadi mukjizat agung juga bawaan Nabi Terakhir Muhammad S.A.W. Mempunyai berbagai bentuk bacaan yang dinamakan qiraat. Dibaca satu huruf pahalanya sepuluh. Mengandungi segala panduan untuk kehidupan manusia.

Perlembagaan Hidup

Perlembagaan Hidup

Ia diturunkan Allah, Sang pencipta Yang Maha Mengetahui keadaan hambanya. Segala yang diwahyukan kepada nabi itu amat sesuai dengan sifat manusia.Segala hukum didalamnya sangat adil buat mereka. Cuma manusia yang tidak nampak, buta, leka, tuli….Allah tidak akan berikan kepada hambanya sesuatu yang tidak memberikan kebaikan pada manusia.

Sedihnya ada yang menganggap Al-Quran hanya untuk dibaca, tidak lebih dari itu. Walhal membacanya adalah baru langkah mula. Langkah terakhir adalah mengamalkan apa yang terkandung dalam kehidupan, menjadi satu cara hidup, perlembagaan hidup manusia yang sebenarnya. Barulah hidup manusia akan aman di dunia dan akhirat.

Sabda nabi telah diungkap bahawa : “Aku tinggalkan ppadamu wahai umatku dua perkara , Jika kamu berpegang pada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Kitab Allah dan Sunnahku”

Bagaimana pula dengan perlembagaan kebanyakan negara yang ada sekarang? Itulah perlembagaan manusia yang maha lemah, ada banyak kecacatan, banyak ketidakadilan. Bagaimana mahu adil sedangkan manusia itu sendiri bersifat lemah. Orang lemah sudah tentu menghasilkan sesuatu yang lemah. Jadi perlembagaan negara yang dicipta manusia itu adalah lemah.

Ya memang Dalam perlembagaan kebanyakkan  negara ada diperuntukan untuk al-Quran dan Sunnah tetapi ianya pada kedudukan cabang atau ranting. Akarnya adalah perlembagaan lain, perlembagaan yang lemah, akarnya tidak kuat, mudah tumbang dipukul angin. Yang dimahukan adalah Al-Quran itu sebagai akar, natijahnya: batang, dahan,ranting, daun dan buahnya juga ada intipati Al-Quran. Barulah kita namakan ianya dengan pokok islam. Bukan pokok sekular yang hanya ada satu bahagian dahannya ditumpangi Al-Quran. Itu penumpang namanya, bila-bila masa boleh dicantas.

Selagi perlembagaan manusia ini tidak ditebang dan ditanam semula dengan benih baru yang boleh menghasilkan pokok islam, selagi itulah dunia ini berkecamuk dengan segala macam kekacauan. Kemanan akan terkecapi bila bernaung di bawah pokok islam yang rimbun dedaunnya, segar udaranya.

Sematkan dalam hati setiap insan bahawa hidup kita tidak akan selamat tanpa perlembagaan Al-Quran. Iman tidak sempurna tanpa Al-Quran. Ya Allah jadikan Al-Quran cahaya hidupku buat selama lamanya.

Ditulis oleh :

Mahyuddin Wasoh

Kupang, Baling,Kedah.

Share

Syukur Dan Kufur

December 12th, 2009

Syukur dan kufur : dua perkataan hampir sama dari sudut sebutan, tetapi sangat bertentangan dari sudut makna, bagai langit dan bumi, wangi dan busuk, cantik dan hodoh, dan lagi dan lagi….

Darul Quran Mosque

Darul Quran Mosque

Kedua – duanya berada dalam ayat yang sama :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ }إبراهيم 7

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Kedua-duanya dimiliki oleh manusia, adakala dia bersyukur dan ada kala dia kufur. Bila bersyukur, segala anugerah digunakan pada tempatnya dan bila kufur, sudah tidak tahu siapa yang memberinya dan untuk apa dimilikinya.

Syukur seringkali disalahfahami. Syukur dikira cukup disebut di mulut “Syukur Alhamdulillah atas apa dan apa……”

Syukur sama erti dengan terima kasih, dalam bahasa arab di sebut syukran. Syukur dimelayukan dan semua orang faham ertinya. Bila disebut syukur, akan terbayangkan anugerah Allah dan bila di sebut terima kasih otak terus menerjah kepada pemberian manusia.

Tetapi syukur yang sebenarnya adalah : Menggunakan sesuatu pemberian pada tempat yang betul. Kasut dipakai di kaki bukan di tangan, syukurlah tu….baju kurung dipakai oleh perempuan bukan lelaki, syukurlah tu….

Ayuh lihat lebih jauh, tangan dianugerah oleh Yang Maha Pemurah untuk digunakan pada tempat yang betul dan baik, itulah syukur. Jika diguna untuk mencuri, itulah kufur. Mata untuk melihat kebesaran, bila melihat perkara maksiat, kufur lagi…Tidak menutup aurat juga dikira kufur.

Alquran dan Hadis manusia perlu guna untuk menjalani kehidupan, itu juga bersyukur. Ambil yang lain dari keduanya sebagai rujukan hukum sudah tentulah jadi kufur.

Jelasnya syukur bukan sekadar di mulut bahkan perlu dijalankan oleh anggota tubuh.

Kufur pula sinonim dengan orang kafir. Kufur adalah perbuatan dan kafir pula pelaku kufur itu. Kufur juga disebut juhud (bunyi hampir sama dengan jahat, boleh jadi jahat datang dari perkataan ni, wallhua’lam) Asal juhud, jahad. Sebut saja kafir terbayang  si penyembah tokong dan selainnya. Kafir=musyrik. Kafir lawannya muslim.

Orang islam tak buat kufur ke?  Orang islam ada yang buat kufur, namanya kufur nikmat. Tidak guna anugerah Allah pada tempatnya. Orang kafir, kufur mereka lebih besar yakni menyengutukan Allah atau menyamakan Allah dengan patung sembahan mereka. Dosa syirik pada Allah ni adalah yang paling besar, kekal dalam neraka selama-lamanya. Nauzubillah…


وإذ قال لقمان لابنه وهو يعظه يا بني لا تشرك بالله ..إن الشرك لظلم عظيم : 13 سورة لقمان

13.  Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Kufur asalnya datang dari iblis laknatullah. Dia bersumpah di depan Allah akan menyeret manusia ke nereka bersama-samanya, sebagai temannya. Banyak orang tak tahu dan banyak juga buat-buat tak tahu…

Tugas kita : perlu pilih antara keduanya, mahu syukur atau mahu kufur. Keduanya ada akibat. Dengan syukur ditambah lagi dan dengan kufur derita menanti . Pilihlah sebagai orang bijak  YAA ULIL ALBAAB…..

Sekian,

Ditulis oleh:

Mahyuddin wasoh

Kupang Baling Kedah


Related Posts with Thumbnails
Share