Kedua-duanya bersumberkan Tuhan yang Satu. Mempunyai kitab yang diturunkan melalui Nabi masing-masing. Islam melalui Nabi Muhammad sedangkan kristian atau nasrani melalui nabi Isa. Agama kristian terlebih dahulu diturunkan Allah Yang Maha Agung sekitar dua ribu tahun yang lampau. Islam pula diturunkan sekitar 1400 tahun lampau, terkemudian dari agama kristian.
Pada asalnya kristian juga seperti Islam dalam mengesakan Allah S.W.T, namun lama-kelamaan agama samawi ini telah terpesong dari landasannya yang benar. Ia telahterpesong jauh kerana mengatakan Allah itu mempunyai anak dan isteri. namun Allah menafikan di dalam surah Al-Ikhlas. Agama ini tidak bertahan lama kerana setelah itu Allah telah mengharamkannya untuk dianuti oleh umat manusia. maka datanglah Islam sebagai pengganti.
Setelah Islam menapak di atas muka bumi dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menegakkan kalimah tauhid, pendokong kristian terus mencemburui pemilihan Islam sebagai agama pengganti. Hakikatnya kecemburuan ini datangnya dari pemimpin mereka yang menyeleweng dan mementingkan diri sendiri.
Sejarah telah membuktikan bahawa permusuhan antara kristian dan Islam ini berlaku semenjak zaman berzaman sehinggalah sekarang. Antaranya ialah semasa zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi. Telah tercatat dalam sejarah bahawa beliau merupakan pejuang Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman oran-orang kristian pada waktu itu. Maka bertambahlah kebencian oleh orang-orang kristian terhadap Islam. . Contoh semasa ialah tekanan yang telah diberikan oleh barat yang didalangi oleh Amerika terhadap dunia Arab dan Islam. Pemimpin mereka berjaya menimbulkan perasaan islam phobia di kalangan pengikut mereka. Pakatan barat itulah hasil lanjutan peperangan salib yang tercetus sejak dahulu lagi.
Di Malaysia perkara tersebut tetap terjadi, dan yang terkini ialah isu penggunan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah gereja. Perkara tersebut telah menimbulkan bantahan yang meluas di kalangan penduduk yang beragama Islam sehinggakan perkara tersebut dibawa ke mahkamah. Namun keputusan mahkamah telah memihak kepada gereja tersebut. Ini telah menambahkan lagi kekusutan hubungan antara pihak islam dan kristian. Kesan dari itu telah timbul pelbagai pandangan di kalangan ilmuan Islam khususnya di Malaysia.
Apa yang menjadi persoalan mengapa pihak kristian ini berkeras untuk menggunakan kalimah “Allah” tersebut walaupun mereka sedar ianya mendapat bantahan dari penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Isalm. Secara kasarnya seolah-olah ada agenda tersendiri yang mendorong mereka untuk berbuat demikian. Padahal ada lagi perkataan lain yang boleh digunakan. Dari sudut pandangan Islam jika sesuatu perkara itu boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat, ianya mestilah dijauhkan. Apa yang boleh diandaikan apabila gereja tersebut mempertahankan tindakan mereka ialah mereka mungkin akan cuba mempengaruhi orang islam dengan mengatakan bahawa Islam dan kristian adalah sama kerana berkongsi perkataan Allah. Ini satu bahaya yang boleh merosakkan umat islam.
Dari itu adalah wajar semua pihak mengemukakan bantahan sehabis mungkin agar tidak ada ruang untuk mereka memporak perandakan Islam di Malaysia ini…..
Allahu Akbar!!!!





Assalamu ‘alaikum.
Boleh rujuk juga bahan-bahan panduan tentang isu ini di:
http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php
ade bukti yg kukuh ker org Kristian kat m’sia ni punyer agenda2 trtentu utk porak perandakn Islam kat m’sia?
sila perincikn ^L^
dalam malaysia siapa yang slalu buat kes….rogol anak,buang anak,..mereka tu siapa?agama mereka apa?apakah itu ajaran agama mereka….?
nak tau…
Apa yang saya fokuskan dalam artikel ni, dari sudut aqidah. Yang tuan pertikaikan itu adalah dari sudut amalan…
tidak perlulah memburukkan agama kristian klau benar islam e2 benar..adakah dlm islam mgatakan boleh memburukkan agama laen?
kristian tidak buruk tetapi penganutnya sahaja yang buruk….
bukan kah penganut islam lebih buruk ?
Yang buruk adalah penganutnya tetapi agamanya indah dan adil untuk semua
AGAMA KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH IDEA TUHAN TETAPI ADAKAH TUHAN YANG SAMA ATAU BERLAINAN ? KALAU NAK TAHU, KITA TUNGGU HARI KIAMAT!!!!
Agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam. Kewujudan islam bermula sejak penciptaan Adam lagi. Agama yang dibawa oleh Nabi Isa dulu pun Islam juga cuma syariatnya saja berbeza dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Syariat Nabi ISa telah dibatalkan oleh Allah dengan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. Demikian kerana Syariat Nabi Isa telah dirosakan oleh penganutnya sendiri dengan fahaman triniti dan sebagainya lagi. Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad memang dikhususkan oleh umat akhir zaman hatta jika Nabi Isa diutuskan semula nanti, dia juga adalah ummat Muhammad.
kenapa masih menyangkal Tuhan ( Yesus kristus ) padahal sudah terbukti Dia adalah satu2ny Tuhan ?” Aku adalah Alfa dan Omega , Yang pertama dan Yang Terkemudian , Yang Awal dan Yang Akhir “(Wahyu 22:13)
“Terkemudian ” sedari lah saudara , hanya Dia satu2ny Tuhan .
Di akhirat nanti anda akan melihat kebenarannya. Carilah sebab mengapa ada paderi kristian yang memeluk islam!?
Al-kitab da lama tulis lam bahasa indonesia.. bukan bahasa MELAYU.. org Islam Malaysia je skunk sebok2 nk heboh yg kristian nk porak perandakan islam.. nk buat correction sikit… Kristian xpernah nk musuh ngan Islam… perang salib berlaku just konflik nk rebut jerusalem (batulmaqdis).. skunk still perang ke?? sbb tu la, ko kena baca ALQURAN tu betul2..
mmg Quran ada sebut kristian n yahudi xboleh djdkan kwn.. tp bukan semua! segelintir je!! dan baca betul2
surah al-maidah ayat 82..
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Kristian) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
xyah nk jihad ikut jln yg salah.. byk lg cara yg betul.. ko nk sebarkn benda ni pun xguna..
xde ayat Quran pun cakap Nabi Muhammad membatalkan syariat Yesus.. sedangkan yesus xpernah membatalkan syariat MUsa tetapi melengkapkannya.. Quran srh umat islam menghormati injil n taurat.. tapi apa? hina injil telah diubah, dan whatever,.. nonsense.. korang ni kadang2 sikap tu ada bongkak juga cam yahudi ( umat yg dipilih oleh ALLAH.. aku tgk korang da fikir korang dalam Islam.. kadang2x nk layan umat islam camni… tp aku syukur, kwn2 aku yg islam xmcm ko!
Sebab tu di sana banyak yang kristian. Malaysia tak perlu jadi macam tu…