Al-Quran Dan Perlembagaan

December 12th, 2009 by admin Leave a reply »

Kitab Allah yang bernama Al-Quran, turunnya adalah yang terakhir  di muka bumi. Menjadi mukjizat agung juga bawaan Nabi Terakhir Muhammad S.A.W. Mempunyai berbagai bentuk bacaan yang dinamakan qiraat. Dibaca satu huruf pahalanya sepuluh. Mengandungi segala panduan untuk kehidupan manusia.

Perlembagaan Hidup

Perlembagaan Hidup

Ia diturunkan Allah, Sang pencipta Yang Maha Mengetahui keadaan hambanya. Segala yang diwahyukan kepada nabi itu amat sesuai dengan sifat manusia.Segala hukum didalamnya sangat adil buat mereka. Cuma manusia yang tidak nampak, buta, leka, tuli….Allah tidak akan berikan kepada hambanya sesuatu yang tidak memberikan kebaikan pada manusia.

Sedihnya ada yang menganggap Al-Quran hanya untuk dibaca, tidak lebih dari itu. Walhal membacanya adalah baru langkah mula. Langkah terakhir adalah mengamalkan apa yang terkandung dalam kehidupan, menjadi satu cara hidup, perlembagaan hidup manusia yang sebenarnya. Barulah hidup manusia akan aman di dunia dan akhirat.

Sabda nabi telah diungkap bahawa : “Aku tinggalkan ppadamu wahai umatku dua perkara , Jika kamu berpegang pada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya : Kitab Allah dan Sunnahku”

Bagaimana pula dengan perlembagaan kebanyakan negara yang ada sekarang? Itulah perlembagaan manusia yang maha lemah, ada banyak kecacatan, banyak ketidakadilan. Bagaimana mahu adil sedangkan manusia itu sendiri bersifat lemah. Orang lemah sudah tentu menghasilkan sesuatu yang lemah. Jadi perlembagaan negara yang dicipta manusia itu adalah lemah.

Ya memang Dalam perlembagaan kebanyakkan  negara ada diperuntukan untuk al-Quran dan Sunnah tetapi ianya pada kedudukan cabang atau ranting. Akarnya adalah perlembagaan lain, perlembagaan yang lemah, akarnya tidak kuat, mudah tumbang dipukul angin. Yang dimahukan adalah Al-Quran itu sebagai akar, natijahnya: batang, dahan,ranting, daun dan buahnya juga ada intipati Al-Quran. Barulah kita namakan ianya dengan pokok islam. Bukan pokok sekular yang hanya ada satu bahagian dahannya ditumpangi Al-Quran. Itu penumpang namanya, bila-bila masa boleh dicantas.

Selagi perlembagaan manusia ini tidak ditebang dan ditanam semula dengan benih baru yang boleh menghasilkan pokok islam, selagi itulah dunia ini berkecamuk dengan segala macam kekacauan. Kemanan akan terkecapi bila bernaung di bawah pokok islam yang rimbun dedaunnya, segar udaranya.

Sematkan dalam hati setiap insan bahawa hidup kita tidak akan selamat tanpa perlembagaan Al-Quran. Iman tidak sempurna tanpa Al-Quran. Ya Allah jadikan Al-Quran cahaya hidupku buat selama lamanya.

Ditulis oleh :

Mahyuddin Wasoh

Kupang, Baling,Kedah.

Related Posts with Thumbnails
Share
Advertisement

2 comments

  1. zuwairiaiman says:

    berguna artikel ni.. semoga dpt lagi entry2 yang menarik

  2. admin says:

    Syukran ala kulli haal..moga-moga diberkati hendaknya

Leave a Reply

CommentLuv badge