
Telah berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulamak tentang hukum orang bukan islam yang memasuki masjid. Pendapat yang paling kuat ialah mereka boleh memasukinya.
Berikut ialah pendapat berserta dalil setiap pandangan ulamak:
Dengan nama Allah, segala puji bagiNya yang masih membenarkan kita menikmati ramadhan buat ke sekelian kalinya. Ramadhan kali ini banyak peristiwa yang berlaku di persekitaran saya yang memberi keinsafan termasuklah kematian. Baru dua hari berpuasa saya dikejutkan dengan berita kematian kakak ipar saya sekitar jam 1 pagi dan pada jam 2.30 pagi saya bergegas pulang ke Pendang dari Baling. Kematiannya disebabkan kanser paru-paru yang dihidapi hampir setahun. Selang beberapa hari saya dikejutkan lagi dengan berita kematian kedua iaitu anak jiran mentua saya yang meninggal kerana kemalangan di Alor Setar, dengar ceritanya dia pulang dari kuliah waktu petang ke rumah sewaannya. Sebelum sampai ke rumah motosikal yang dinaikinya bertembung dengan trailer sehingga dia terperosok di bawah perut trailer tersebut lalu maut tidak berapa lama kemudian. Tanah perkuburannya sekali dengan perkuburan kakak ipar saya. Dengan peristiwa tadi sesekali mengajak minda berfikir dan merenung sejenak nasib diri ini yang entah bila akan mengikuti jejak mereka, hanya Allah yang tahu. Diri ini merasakan amalan tidak mencukupi. Ya Allah! Engkau tetapkanlah hatiku dan amalanku dalam iman. Engkau jadikanlah aku yang merebut kesempatan Ramadhan yang telah Engkau anugerahkan ini. Aamiiin Ya Rabbal aa’lamin.
Dalam bulan yang mulia ini juga ada satu peristiwa besar yang berlaku dan sentiasa disebut-sebut oleh sekalian orang berilmu dan beriman sepanjang zaman iaitulah peristiwa nuzul Quran atau dalam bahasa melayunya disebut penurunan Al-Quran. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan.
Assalamualaikum…..
Salam sejahtera.
Anda biasa dengar dengan perkataan ini, saya pun sama. Dalam ruangn kali ini saya ingin berkongsi berkenaan kekeliruan yang berlaku di sekeliling kita.
Dalam beberapa bulan lepas, saya ada membaca sebuah artikel di dada akhbar tempatan yang menyatakan bahawa beberapa orang artis yang memeilih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Antara bekas artis yang dimaksudkan ialah pelakon Ali Setan pada suatu ketika dahulu. Sekarang dia telah berubah darisudut penampilan secara drastik terutamanya pakaian.
Perangai Yahudi yang mendapat laknat Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin.
Allah menghukum ke atas bangsa yahudi dengan Sembilan perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran
1) Hina 2) Melarat 3) Laknat 4) Buruk 5) Marah 6) Dosa 7) Terbelenggu
8 ) Tiada Negara
9) Kebencian sesama mereka.
Hina dan Melarat
Di dalam ayat di atas Allah menyebut empat sebab mengapa bangsa yahudi mendapat kemurkaan Allah….Pertama: kerana mereka ingkar dengan ayat-ayat Allah. Kedua: membunuh para Nabi. Ketiga: membantah Nabi-Nabi yang diutuskan kepada mereka dan keempat : memusuhi para Nabi.
Oleh itu mereka selayaknya mendapat penghinaan dan kemurkaan Allah S.W.T.
Laknat dan Murka
Dalam ayat ini Allah melaknat dan memurkai bangsa yahudi sehingga rupa mereka bertukar menjadi babi dan kera yang hodoh rupanya.
Dosa dan Belenggu
Ertinya : Ya Allah! Janganlah engkau pikulkan ke atas kami dosa seperti mana Engkau pikulkan ia ke atas orang-orang yang sebelum kami ( Yahudi ).
Firman Allah :
Ertinya :……dan Allah mengharamkan ke atas mereka ( yahudi ) perkara keji dan menjauhkan mereka dari dosa dan belenggu yang ada pada mereka….
Permusuhan sesama mereka
Firman Allah :
Ertinya : …dan kami campakan di kalangan mereka permusuhan dan kebencian sehingga hari kiamat.
Tiada negara
Firman Allah :
Ertinya : Perangilah kamu akan orang – orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kiamat, yang tidak mengharamkan apa yang telah Allah dan RasulNya haramkan, yang tidak berpegang dengan agama yang benar, iaitulah orang – orang yang diberikan kitab kecuali jika mereka membayar jizyah dan mereka adalah orang yang hina.
Ayat di atas merupakan dalil mutlak bahawa bangsa yahudi memang tiada Negara.
Demikian tadi bentuk penghinaan yang Allah timpakan ke atas bangsa yahudi di dunia ini. Di akhirat nanti mereka bakal mendapat siksaan Allah yang amat pedih. Mari kita doakan agar kehancuran mereka dipercepatkan Allah amiiin.
Sesungguhnya solat kita ada bermacam macam perlakuan ketika melaksanakannya sehingga ada orang menanggap perlakuan yang dilakukan itu membatalkan solat tersebut, padahal dia tidak tahu bahawa anggapan itu belum pasti samaada benar-benar batal atau tidak. Di sini saya akan kongsikan beberapa perlakuan yang jika dilakukan tidak akan membatalkan solat seseorang itu. Semoga dengan maklumat ini akan menjadikan kita lebih berhati hati sebelum menjatuhkan hukum yang belum pasti.
1) Menangis atau merintih : Samaada kerana sakit atau takut kepada Allah S.W.T.
2) Berpaling muka sahaja ketika perlu : Jika tidak perlu, hukumnya makruh. Ianya tidak membatalkan solat. Akan tetapi jika memalingkan muka beserta dada dari arah kiblat, maka solat tersebut akan terbatal. Demikian kerana menhadapkan dada kearah kiblat merupakan syarat sah solat.
3) Membunuh binatang berbahaya seperti ular dan kalajengking: Nabi ada bersabda di dalam HadisNya dari Abi Hurairah r.a yang berbunyi :
- اقتلوا الأسودين في الصلاة؛ الحية والعقرب
4) Bergerak sedikit ke kanan atau ke kiri atau kehadapan: seperti untuk memenuhkan ruang yang kosong dalam solat berjemaah dan sebagainya. Adapun jika bergerak ke belakang, adalah tidak dibolehkan langsung.
5) Mendukung kanak-kanak : Nabi S.A.W pernah mendukung cucu perempuannya iaitu anak kepada Zainab ketika solat. Apabila Baginda rukuk atau sujud, akan diletakkan semula cucunya itu. Begitu juga Nabi pernah melakukannya terhada cucuNya Hassan dan Hussin.
6) Menjawab salam dengan isyrat ringan : seperti dengan menggunakan jari, tangan atau keduanya. Begitu juga boleh dengan tunduk sedikit kepala sebagai isyarat menjawab salam. Cara ini telah diajar oleh Nabi S.A.W.
7) Mengucap tasbih oleh lelaki dan menepuk tangan oleh perempuan : Demikian ialah untuk memberi teguran kepada imam yang melakukan kesalahan dalam bacaan atau perbuatan.
8) Membaca surah selepas bacaan Fatihah dengan melihat Al-Quran : Boleh melakukan demikian samaada meletakkan Al-Quran di hadapan atau memegang Al-Quran kecil di tangan dengan pergerakan kecil sahaja.
9) Hati teringat kepada perkara-perkara lain di luar solat : Apabila hati sibuk memikirkan perkara lain, solatnya tetap sah dan ada pahalanya. Jika solat dengan khusyuk pahalanya akan lebih lagi. Apapun seseorang yang solat itu adalah lebih baik menghalakan segalanya ke arah Allah S.W.T termasuk hatinya bukannya anggotanya sahaja. Cara khusyuk itu boleh dilakukan dengan memahami dan memikirkan ayat ayat yang dibaca.
Demikianlah 9 perkara yang mungkin mengelirukan sesiapa sahaja yang tidak tahu. Semoga dengan paparan ini akan menambahkan lagi pengetahuan kita semua.
Rujukan :Kitab فقه المرأة المسلمة oleh Ibrahim Muhammad Hassan Aljamal

Amar makruf nahi munkar
Hadis sumber :
“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)
Syarat-syarat mencegah kemungkaran
Syarat pertama : Perkara yang ingin ditegah ialah yang berstatus haram sahaja :
Ianya bererti perkara yang diharamkan oleh ulama secara ijmak. Selain dari perkara haram tidak disebut munkar. Perkara yang haram itu samaada melakukan yang ditegah ataupun meninggalkan yang disuruh. Yang haram itu juga tidak kira kecil atau besar.
Perkara-perkara yang makruh tidak termasuk dalam perkara munkar yang layak ditegah. Didalam sebuah hadis diceritakan bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi S.A.W kewajipan yang Allah fardhukan ke atasnya di dalam islam. Nabi pun menjelaskan kepadanya tentang solat, zakat, puasa. Lelaki itu bertanya Nabi mengenai setiap ibadat itu : Adakah lagi yang wajib aku lakukan? Jawab nabi “tidak!” melainkan perkara ibadat sunat sahaja. Lelaki itu pun berazam akan melakukan perkara wajib seperti yang dijelaskan Nabi kepadanya dengan katanya : Wahai Rasulullah! Aku tidak mahu menambah atau mengurangkan kewajipan yang telah engkau sebutkan tadi. Nabi pun bersabda : “ Jika kamu bercakap benar, kamu akan berjaya atau memasuki syurga” (muttafaq alaih dari Talhah bin Ubaidillah)
Dari Hadis di atas jelas dan difahami bahawa yang perlu ditegah itu ialah yang haram sahaja. Perkara cabang yang menjadi pertikaian hukum di kalangan ulama dulu dan sekarang, tidak boleh ditegah sewenangnya lebih-lebih lagi oleh orang perseorangan.
Antara perkara –perkara khilaf yang tidak termasuk dalam perkara munkar yang perlu ditegah ialah : masalah merakam gambar (Kodak atau filem), menyanyi atau bernasyid menggunakan alat-alat tertentu, perempuan yang tidak memakai niqab, melantik perempuan sebagai hakim dan sebagainya lagi.
Mengikut pandangan kebanyakan ulama bahawa pandangan minoriti boleh diambil kira walaupun ahlinya seorang sahaja asalkan dia adalah seorang ahli ijtihad. Berapa banyak pendapat yang tidak popular pada suatu masa dahulu, tetapi sekarang menjadi popular. Berapa banyak juga pandangan seorang ahli fekah itu dipertikaikan tetapi akhirnya dibela dan disokong oleh ulama lain.
Di beberapa tempat terdapat golongan-golongan radikal yang mahu merobohkan kedai-kedai yang menjual anak patung kanak-kanak dengan alasan ianya adalah berhala dan memiliki anggota yang lengkap yang boleh dikategorikan sebagai dosa besar!
Apabila dikatakan kepada mereka bahawa ulama sejak dahulu lagi menghalalkan patung kanak-kanak.! Mereka menjawab bahawa patung tersebut tidak termasuk dalam kategori yang digariskan ulama di mana matanya boleh dibuka dan ditutup!
Lalu dijawab balik bahawa patung-patung tersebut tidak dimuliakan dan dilempar sana sini, maka ianya tidak menjadi masalah untuk dimiliki oleh kanak-kanak. Begitu juga kaki dan tangannya boleh dicabut begitu juga dengan tengkuknya. Selepas itu mereka tidak ada jawapan untuk dibalas.
Ada juga di sesetengah tempat dimana segolongan orang yang radikal cuba menutup restoran-restoran, kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi secara agresif hanya setelah mengetahui ada negara-negara lain telah mengumumkan bahawa hari tersebut telah bermula bulan puasa padahal ditempatnya belum lagi. Golongan yang syadid itu berpandangan bahawa bulan puasa telah pasti, maka tidak boleh menjamu selera secara terang-terangan, padahal mereka tidak tahu bahawa itu adalah perkara khilaf dan tidak perlu gopoh gapah membuat keputusan.
Syarat kedua : Perkara munkar itu hendaklah yang berlaku secara terang-terangan di depan mata.
Adapun perkara munkar yang disembunyikan oleh pelakunya dari pandangan orang ramai yakni secara senyap-senyap di dalam rumah misalnya, maka tidak boleh orang lain mengintipnya seperti meletakan kamera video di tempat tersembunyi dengan tujuan mencari kesalahan pelakunya.
Syarat yang kedua ini terkandung dalam lafaz Hadis : “من “رأى” منكم منكرًا فليغيره…”
Ertinya : “ sesiapa di kalangan kamu yang melihat perkara munkar, hendaklah dia mencegahnya….”
Yang disuruh cegah ialah kemungkaran yang dilihat sahaja bukannya yang hanya didengar.
Demikian kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada perlakuan munkar yang dilakukan secara sembunyi. Hanya kepada Allah sahaja diserahkan hukumannya di akhirat kelak. Dengan itu orang lain tidak berhak dan tidak boleh berusaha mendedahkan perlakuan munkarnya di khalayak ramai. Kita hanya disuruh bertindak mencegah kemungkaran yang zahir sahaja sementara yang tersembunyi kita hendaklah menyerahkannya kepada Allah S.W.T.
Ada sebuah kisah yang berlaku dimana Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A pada suatu hari telah menyelinap ke dalam rumah seorang lelaki melalui bumbung rumahnya. Kemudian saidina Umar melihat lelaki itu melakukan satu perkara yang tidak baik lalu dia pun menegah lelaki tersebut dari berbuat demikian. Kemudian lelaki itu berkata : “ Wahai Amiirul Mukminin, kesalahan yang aku lakukan ini adalah satu jenis sahaja, sedangkan engkau melakukan 3 jenis kesalahan” Umar pun bertanya: “Apakah yang kau maksudkan?” Lelaki itupun berkata : “Allah melarang kita dari mengintip seperti dalam surah Al-Hujurat ayat 12, tetapi kamu mengintip aku. Kedua, Allah menyuruh kita memasuki rumah dari pintunya seperti yang terkandung dalam surah Al-Baqarah ayat 189, sedangkan kamu pula memasuki rumahku dari bumbung. Ketiga, Allah menyuruh kita memasuki rumah yang bukan rumah sendiri dengan memberi salam melalui ayatNya dalam surah An-Nur tetapi engkau tidak memberi salam semasa memasuki rumahku! Umar pun meninggalkan lelaki itu dengan syarat dia bertaubat dari kesalahan yang telah dilakukannya tadi.
Syarat ketiga : Kemampuan mencegah.
Ertinya pihak yang mahu mencegah kemungkaran itu mestilah ada kekuatan samaada dirinya sendiri atau dengan pertolongan orang lain yakni berkumpulan dengan menggunakan kuasa yang ada samaada dari sudut peralatan mahupun pengaruh. Dengan kemampuan ini akan menjadikan tindakan pencegahan itu dilaksanakan dengan mudah.
Syarat ini juga diambil dari hadis Abi Said; dengan sabda Nabi S.A.W : “Sesiapa yang tidak mampu (mencegah dengan tangan) maka cegahlah dengan lidah”. Biarkan pencegahan dengan tangan dilakukan oleh pihak berkuasa, cukuplah dia mencegah dengan kata-katanya. Itupun sekadar kemampuannya.
Pelaksanaan tegahan itu hendaklah ke atas orang yang berada di bawah bidang kuasanya sahaja seperti suami dengan isteri, ayah dengan anak-anaknya, pemilik pertubuhan dengan ahli-ahlinya dan pemerintah dengan rakyat jelatanya.
Syarat keempat : Pencegahan yang dilakukan tidak menimbulkan keburukan yang lebih besar.
Sekiranya ditakuti jika perbuatan mungkar yang akan dicegah akan menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku seperti pertumpahan darah, pencemaran maruah dan kerosakan harta benda, maka ulamak membenarkan perkara mungkar tersebut dibiarkan demi mngelakan kejadian yang lebih buruk. Dalil syarat yang keempat ini terdapat dalam Al-Quran di dalam surah Taha iaitu kisah Nabi Musa a.s dan kaumnya, bani israil ketika mana baginda pergi berjumpa Tuhannya (Allah) yang memakan masa 40 malam. Sepeninggalan baginda, samiri telah menimbulkan fitnah kepada bani israil dengan mencipta patung anak lembu dari emas sehingga menyebabkan bani israil menyembah patung tersebut. Nabi Harun a.s yang diamanahkan oleh Nabi Musa menjaga bani israil telah menasihatkan mereka agar tidak menyembah patung anak lembu tersebut tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Mereka berkata kepada Nabi harun :
“Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami”.
(Taha : 91)
Kemudian Nabi Musa pun kembali dari berjumpa Tuhannya lalu melihat perkara mungkar yang telah dilakukan oleh kaumnya itu. Baginda menjadi marah dengan saudaranya Nabi Harun kerana tidak mencegah perbuatan mungkar yang telah dilakukan mereka. Disebabkan marah yang keterlaluan, Nabi Musa pun menarik janggut Nabi Harun menghampirinya lalu berkata :
“Hai Harun, apa yang menghalangi kamu ketika kamu melihat mereka Telah sesat,
(sehingga) kamu tidak mengikuti Aku? Maka apakah kamu Telah (sengaja) mendurhakai perintahku?”
Harun menjawab’ “Hai putera ibuku, janganlah kamu pegang janggutku dan jangan (pula) kepalaku;
Sesungguhnya Aku khawatir bahwa kamu akan Berkata (kepadaku): “Kamu Telah memecah antara Bani Israil
dan kamu tidak memelihara amanatku”.
(Taha : 92-94)
Dari ayat tadi dapatlah difahami bahawa Nabi Harun mengutamakan perpaduan di kalangan bani israil sepeninggalan Nabi Musa a.s berbanding syirik yang dilakukan mereka di mana perpecahan itu lebih buruk akibatnya pada waktu itu. Kedua-dua orang Nabi tadi faham bagaimana untuk menghadapi situasi getir secara bijaksana.
Demikianlah empat syarat yang wajib dipenuhi oleh orang yang ingin mencegah kemungkaran dengan tangannya(kuasa).
Tidak perlu gopoh dalam mencegah kemungkaran kecil :
Buat golongan yang sangat mengambil berat dalam memperbaiki cara hidup umat islam dari gejala-gejala mungkar yang berpunca dari negara barat, adalah tidak cukup dengan hanya mencegah perkara mungkar yang kecil-kecil sahaja seperti majlis nyanyian, wanita mendedah aurat di jalanan, menjual VCD yang tak sepatutnya.
Di sana terdapat perkara yang lebih utama diberi perhatian iaitulah membuat perubahan yang merangkumi pemikiran, nilai hidup, akhlak, ikutan, peraturan dan undang-undang.
Untuk mencapai kepada matlamat itu, terlebih dahulu hendaklah diubah masyarakat itu dari dalam secara berterusan dari sudut tunjuk ajar, pendidikan dan teladan. Apabila manusia itu mengubah keadaan diri mereka layaklah mereka diubah oleh Allah S.W.T bertepatan dengan sunnah yang ditetapkan dalam Al-Quran :
“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. “(Arraadu : 11)
Pentingnya berlembut dalam mencegah kemungkaran :
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian di sini ialah berlemah lembut dalam mencegah perkara mungkar dan menyuruh pelakunya melakukan kebaikan, Rasulullah S.A.W telah mewasiatkan kita supaya berlembut, Baginda menjelaskan bahawa Allah S.W.T suka akan kelembutan dalam semua perkara, sifat lemah lembut itu akan menghiasi apa sahaja yang disertainya, jika sifat ini tidak ada pada sesuatu perkara, maka akan hilanglah serinya.
Ada sebuah kisah yang berlaku seperti yang diceritakan oleh Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya “Al-Ihya’ “ bahawa seorang lelaki pergi berjumpa Al-Makmun untuk menyuruhnya berbuat baik dan melarangnya dari berbuat mungkar, lalu dengan kasar dia berkat kepada Al-Makmun : “Wahai penzalim, wahai penjahat…….. “ Dalam keadaan itu Al-Makmun sebagai seorang lembut lagi bijak, tidak terus menghukum lelaki tersebut seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, tetapi dia berkata: “Wahai lelaki, berlembutlah sikit, sesungguhnya Allah telah mengutuskan orang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih zalim dariku…Allah menyuruhnya bersifat lembut, Dia mengutuskan Musa dan Harun yang lebih baik darimu kepada firaun yang lebih zalim dariku. Allah memerintahkan kedua-dua orang nabi tadi melalui firmanNya :
“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, Sesungguhnya dia Telah melampaui batas;
Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan ia ingat atau takut”.(Taha:43-44)
Walaupun Allah S.W T menyifatkan firaun itu sebagai seorang yang melampaui batas, kelembutan itu tidak sepatutnya diabaikan walau setara manapun kezaliman yang dilakukan. Selama mana ada jalan yang lemah lembut, maka tidak perlu kepada kekasaran.
Sekian,
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W juga keluarga dan para sahabat Baginda.
Wallahu a’lam.
Dinukilkan dari : islamonline.net
Allah S.W.T sahaja yang berhak menentukan hukum halal dan haram…tidak ada seorang pun dari kalangan hambanya yang berhak mencampuri urusan tersebut atau mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan melainkan dengan merujuk kepada kaedah-kaedah yang digariskan oleh Syarak berdasarkan nas yang jelas dari al-Quran dan Hadis.
Apa pula halnya dengan orang kafir?…Ada di kalangan mereka yang menjadikan naluri sebagai panduan dalam menentukan halal dan haram. Apa-apa yang memberi faedah kepada diri mereka, akan dihalalkan dan apa-apa yang mengongkong hawa nafsu mereka, akan diharamkan. Dari sudut yang lain mereka juga mempersembahkan kepada patung sembahan mereka dengan haiwan yang kononnya hanya halal untuk tuhan mereka tetapi haram kepada manusia sedangkan haiwan-haiwan tersebut Allah S.W.T halalkan kepada manusia dan menjadikannya untuk dinikmati oleh manusia selaku khalifah Allah di muka bumi ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
Allah sekali-kali tidak pernah mensyari’atkan adanya bahiirah[449], saaibah[450], washiilah[451] dan haam[452]. akan tetapi orang-orang kafir membuat-buat kedustaan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti. (Al-Maaidah : 103)
[449] Bahiirah: ialah unta betina yang Telah beranak lima kali dan anak kelima itu jantan, lalu unta betina itu dibelah telinganya, dilepaskan, tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak boleh diambil air susunya.
[450] Saaibah: ialah unta betina yang dibiarkan pergi kemana saja lantaran sesuatu nazar. seperti, jika seorang Arab Jahiliyah akan melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat, Maka ia biasa bernazar akan menjadikan untanya saaibah bila maksud atau perjalanannya berhasil dengan selamat.
[451] Washiilah: seekor domba betina melahirkan anak kembar yang terdiri dari jantan dan betina, Maka yang jantan Ini disebut washiilah, tidak disembelih dan diserahkan kepada berhala.
[452] Haam: unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi, Karena Telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali.
Perlakuan terhadap bahiirah, saaibah, washiilah dan haam Ini adalah kepercayaan Arab Jahiliyah. Yang sebenarnya Allah S.W.T menjadikan haiwan-haiwan tersebut untuk dinikmati daging dan susunya oleh manusia. Begitu juga manfaat-manfaat lain yang boleh didapati darinya. Akan tetapi oleh kerana kependekan akal orang-orang kafir mereka memandai mandai pula menentukan halal dan haram bertentangan dengan hukum Allah S.W.T. Semua itu terjadi kerana terlalu mengikut hawa nafsu mereka dan juga kerana dibisikan oleh syaitan.
Firman Allah S.W.T maksudnya :
Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bagian dari tanaman dan ternak yang Telah diciptakan Allah, lalu mereka Berkata sesuai dengan persangkaan mereka: “Ini untuk Allah dan Ini untuk berhala-berhala kami”. Maka saji-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukkan bagi Allah, Maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka[508]. amat buruklah ketetapan mereka itu. (Al-Ana’m : 136)
[508] menurut yang diriwayatkan bahwa hasil tanaman dan binatang ternak yang mereka peruntukkan bagi Allah, mereka pergunakan untuk memberi makanan orang-orang fakir, orang-orang miskin, dan berbagai amal sosial, dan yang diperuntukkan bagi berhala-berhala diberikan kepada Penjaga berhala itu. apa yang disediakan untuk berhala-berhala tidak dapat diberikan kepada fakir miskin, dan amal sosial sedang sebahagian yang disediakan untuk Allah (fakir miskin dan amal sosial) dapat diberikan kepada berhala-berhala itu. kebiasaan yang seperti Ini amat dikutuk Allah.
Itulah dia gambaran yang Allah S.W.T berikan tentang perlakuan orang kafir dalam menentukan halal dan haram. Semuanya hanya semata-mata mengikut hawa nafsu dengan menjadikan alasan untuk mendapatkan keredhoan tuhan mereka.
Mari kita lihat pula erti firman Allah berikut :
Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Karena takut kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar[518]“. demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).
(Al-An’am : 151)
[518] maksudnya yang dibenarkan oleh syara’ seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya.
Allah S.W.T menjelaskan apa yang diharamkan ke atas hambanya secara terang dan jelas agar tidak ada dari hambanya pada hari kiamat nanti mempertikaikan Allah dengan mengatakan : Wahai Tuhan! Engkau telah mengharamkan beberapa perkara tetapi aku tidak tahu, oleh itu mengapa engkau menghitung amalanku? Allah akan menjawab kepada mereka : Tidak…Setiap apa yang telah diharamkan ke atas kamu semua telah dijelaskan sewaktu turunnya Al-Quran.
Syirik
Antara perkara haram yang dijelaskan Allah dalam Al-Quran ialah menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Hukum pengharamannya berkekalan sampai hari kiamat Firman Allah bermaksud :
janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia (Al-An’am : 151)Larangan mensyirikan Allah ini merupakan tujuan utama setiap Rasul itu diutuskan….hanya semata-mata menyembah Allah yang Maha Esa dan satu.. Esa ertinya tidak ada satupun menyerupaiNya dan Satu pula bererti tidak terbentuk dari zarah-zarah yang lain seperti halnya sebuah rumah yang terbentuk dari ribuan batu bata. Allah tidak begitu kerana Ia tidak boleh dibahagi-bahagikan.
Dengan lebih jelas pengharaman mensyirikan Allah ini termasuklah samaada dari segi percaya, perkataan, atau dakwaan bahawa Allah ada bandingan yang lain. Demikian itu merupakan dosa yang tidak terampun bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar. (An-Nisaa’ : 48)Syirik ini adalah pengharaman yang terawal. Dengan dosa ini akan menyebabkan kita kekal di dalam neraka kerana kita melakukan kufur kepada Pencipta langit dan bumi dan juga pencipta diri kita sendiri.
Derhaka Ibu Bapa
Perkara kedua yang Allah haramkan ialah menderhakai ibu bapa.
….berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa….(Al-An’am : 151)
Ayat ini membawa maksud bahawa ibu dan bapa perlu dilayan denga baik semasa mereka tua…mengapa semasa tua? Jawapannya kerana semasa mereka masih muda, anak-anak masih kecil dan tidak mampu menjaga dan melayan mereka. Tetapi selepas anak-anak menjadi dewasa dan sudah berdikari sementara ibu bapa pula sudah tua, ketika itulah mereka dapat dijaga dan dilayan dengan baik kerana penjagaan dan layanan yang baik itu memerlukan pengorbanan dari sudut kewangan dan sebagainya. Oleh yang demikian berbuat baik dengan ibu bapa hanya dituntut semasa ibu bapa sudah tua. Mengapa anak-anak dituntut berbuat baik dengan ibu bapa? Kerana ibu dan bapalah yang menyebabkan anak-anak lahir ke dunia…mereka berdualah yang memelihara anak semasa kecil…berjaga malam apabila anak sakit…maka sepatutnyalah jasa ibu bapa dibalas apabila mereka berada di penghujung usia…Rasul S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis :
“Syurga di bawah tapak kaki ibu”
Jika kita mahu Allah S.W.T memberikan kita balasan yang baik, kita hendaklah memelihara diri dari melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibubapa. Ada satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah S.A.W, kisah seorang pemuda yang bernama Alqamah. Dia seorang pemuda yang sangat bersungguh sungguh dalam mentaati Allah dengan banyak melakukan solat sunat, puasa sunat dan banyak bersedekah. Suatu hari dia telah jatuh sakit yang teruk lalu isterinya pergi berjumpa dengan Nabi S.A.W dan menceritakan kepada Baginda bahawa suaminya Alqamah sedang nazak.
Nabi pun menghantar beberapa orang sahabat iaitu Ammar, Suhaib dan Bilal untuk mengajarkan kepada Alqamah ucapan syahadah. Apabila sahabat Nabi tadi mengajarkan kalimah syahadah kepada Alqamah, lidahnya kelu tidak dapat menyebut apa yang diajarkan kepadanya. Sahabat-sahabat tadi pun menceritakan keadaan itu kepada Nabi lalu Baginda pun bertanya adakah Alqamah masih ada ibu atau bapa. Kemudian Baginda diberitahu bahawa ibu Alqamah masih hidup dan dia sudah tua lalu Nabi pun mengutus seseorang kepada ibu Alqamah untuk meminta dia datang bertemu Nabi S.A.W sekiranya mampu. Jika tidak mampu, Baginda sendiri akan pergi bertemu dengannya. Setelah pesanan Baginda itu disampaikan kepada ibu Alqamah, dia pun memilih untuk datang bertemu Nabi kerana kedudukan Baginda yang lebih tinggi.
Lalu Ibu Alqamah pun memaut pada tongkatnya lalu berjalan dengan tongkat tersebut untuk bertemu Nabi S.A.W. Apabila sampai dia pun memberi salam kepada nabi dan Baginda pun menjawab salamnya. Nabi pun bersabda kepada ibu Alqamah : “Wahai ibu Alqamah! Bercakap benarlah denganku. Jika kamu berdusta, wahyu Allah memberitahuku kisah sebenar. Bagaimanakah keadaan Alqamah sebelum ini?” Dia pun menjawab : “Alqamah adalah seorang yang banyak solat, banyak puasa dan banyak bersedekah”. Nabi S.A.W bertanya lagi : “Apa pula halnya dengan diri kamu?” Ibu Alqamah menjawab : “Aku marah kepadanya” Nabi bertanya lagi : “Mengapa kamu memarahi dia?” Dia menjawab : “Alqamah telah melebihkan isterinya berbanding aku dan dia menderhakaiku” Nabi pun bersabda : “Sesungguhnya kemarahan ibu Alqamah telah membuatkan lidahnya kelu dari menyebut kalimah syahadah”.
Kemudian Nabi pun bersabda lagi : “Wahai Bilal! Engkau pergi kumpulkan kayu api yang banyak dan bawakan kepadaku”. Arahan Baginda membuatkan ibu Alqamah bertanya kehairanan : “Apa yang hendak Engkau lakukan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Aku akan membakar Alqamah di hadapanmu” Ibu Alqamah pun berkata :”Aku tidak sanggup melihat Engkau membakar anakku di hadapanku” Nabi berkata kepada Ibu Alqamah: “Wahai Ibu Alqamah! Azab Allah lebih dahsyat dan kekal. Untuk menyelamatkan Alqamah, engkau pohonlah keampunan Allah untuknya dan berilah keredhaan kepadanya. Demi jiwaku ditanganNya…Tidak akan bermanfaatlah segala solat, puasa dan sedekahnya selagi kamu masih memarahinya”.
Ibu Alqamah pun berkata : “Dengan disaksikan Allah S.W.T, para malaikatNya dan semua orang islam yang ada di sini, sesungguhnya aku telah meredhai anakku Alqamah“. Nabi pun menyuruh Bilal pergi melihat keadaan Alqamah adakah dia sudah boleh mengucap syahadah atau tidak. Harapan Baginda moga-moga ibu Alqamah meredhai anaknya dengan kata-kata dan juga hati, bukannya pada mulut sahaja. Apabila Bilal sampai di rumah Alqamah dia mendengar Alqamah sudah boleh menyebut kalimah syahadah.
Alqamah meninggal pada hari itu juga dan Nabi dating menziarahi jenazahnya lalu baginda menyuruh dia dimandi dan dikafankan kemudian Nabi melaksanakan solat jenazah ke atasnya. Baginda juga mengiringi jenazahnya ke perkuburan kemudian Nabi pun berdiri di atas kuburnya dan bersabda :
“Wahai sekalian kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang melebihkan isterinya berbanding ibunya, dia akan mendapat laknat Allah, MalaikatNya dan manusia seluruhnya. Allah tidak akan menerima amal kebajikan yang dilakukannya melainkan dia bertaubat kepada Allah Azza Wajalla. Hendaklah dia berbuat baik kepada ibunya dan mencari keredhaannya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu begitu juga dengan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu”
Begitulah kita lihat betapa besarnya kedudukan ibubapa di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya menderhaka dan mengundang kemarahan ibubapa merupakan sebahagian daripada dosa-dosa besar yang sepatutnya dielakan oleh orang islam. Demikian adalah untuk mengenang jasa ibubapa dan juga demi keredhaan Allah S.W.T yang menyuruh berbuat baik kepada mereka.
Sambungan…
Perkara ketiga yang Allah haramkan selepas syirik dan menderhakai ibi bapa ialah membunuh anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
…dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Kerana kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka…(Al-An’am : 151)
Ayat ini disebut dua kali di dalam Al-Quran. Pertama di dalam surah Al-An’am seperti di atas dan kedua di dalam surah Al-Isra’ ayat ke 31 yang bermaksud :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Kerana takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (Al-Isra’ : 31)
Sebahagian ahli ilmu mengatakan bahawa kedua-dua ayat tadi bersamaan antara satu sama lain. Tetapi yang sebenarnya adalah tidak sama antara satu sama lain. Ayat di dalam surah Al-An’am berbunyi ….kerana kemiskinan… yang membawa makna kemiskinan itu telah ada. Dalam ayat ini seorang bapa itu sudah miskin dan dengan kedatangan anak baru dia takut kemiskinannya akan bertambah lalu Allah menenangkan hatinya dengan memberi jaminan bahawa rezekinya tidak akan berkurangan sedikit pun dan rezeki anaknya sudah tersedia.
Sementara ayat di dalam surah Al-Isra’ pula berbunyi …kerana takut kemiskinan…. Yang memberi makna kemiskinan itu belum ada lagi. Seorang bapa takut dengan kedatangan anaknya akan menyebabkan kehidupannya yang senang berubah kepada miskin. Akan tetapi ketakutan itu dijawab oleh Allah bahawa janganlah dia takut kerana rezekinya dan anaknya telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan terjamin.
Pengharaman membunuh anak samalah pengharamannya dengan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Allah yang menjadikan sang anak dan Allah lah yang menghendaki anak itu hidup di dunia ini. Oleh yang demikian rezekinya sudah terjamin seperti difirmankan Allah di dalam surah Huud ayat 6 yang bermaksud :
Dan tidak ada suatu binatang melata di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya
Mengapa hendak mengkufuri pemberian Allah dengan membunuh anak…Allah sudah menjamin rezeki seorang bapa dan anaknya itu?!
Seterusnya perkara yang Allah haramkan ialah perkara-perkara keji.Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
…dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi… (Al-An’am : 151)
Keji bermaksud melampau contohnya zina adalah satu perbuatan melampau begitu juga dengan meminum arak sehinggalah kepada perkara-perkara lain yang termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Dalam ayat ini Allah haramkan perkara yang nampak terlebih dahulu, mengapa? Jawabnya kerana Allah tidak mahu dosa-dosa itu berlaku secara terang terangan sehingga ianya bermaharajalela dan menjadi ikutan di dalam masyarakat….sehingga hilangnya rasa malu. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali orang yang melakukan dosa secara terang terangan…
Pertamanya di panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan pertolonganNya masalah sambungan internet ke rumah saya dapat diatasi pada hari ini…sudah seminggu talian internet bermasalah.
Pada artikel ini saya ingin berkongsi tentang kunjungan salah seorang Ulama Hadis tersohor di Mesir ketika ini al-Muhaddis Syaikh Dr Yusri Sayyid al-Jabr al-Hasani ke Kedah. Pada pagi jumaat minggu lepas setelah mendapat tahu dari blog Ust. Nazrul bahawa beliau akan bersama-sama dalam majlis sambutan Maulidurrasul di Dewan Paksi Menara Zakat Alor Setar Kedah, saya pun bergegas ke sana. Jika diikutkan jadual majlis akan dimulakan pada jam 9 pagi namun kerana ada sedikit masalah, saya agak terlewat namun setelah sampai di sana saya merasa lega kerana syaikh masih belum sampai ke majlis tersebut. Seperti mana biasa ruang dewan paksi itu sudah dilimpahi orang (kebanyakan orang-orang yang dah berusia senja, entah ke mana menghilangnya orang-orang muda). Pada masa itu Ust. Aminuddin sedang menyampaikan kuliahnya. saya tidak dapat duduk kerana ruang kosong sudah dilimpahi orang ramai. Tidak berapa lama kemudian As-Syaikh pun tiba dengan dipimpin tangannya oleh Ust. Yussaini Perlis dan diiringi oleh isteri As-Syaikh. Mereka lalu dihadapan saya dan dari jauh saya sudah bersedia untuk bersalaman dengan As-Syaikh tetapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan saya. Saya hanya dapat memberi salam dan saya yakin salam saya itu bersambut. Selepas itu saya mengekori As-Syaikh dari belakang dan Alhamdulillah di ruang hadapan masih ada ruang kosong untuk saya duduk.
Majlis dimulakan dan jurubahasa kepada As-Syaikh ialah Ust. Aminuddin @ Ust. Din Tok Guru.
As-Syaikh menyampaikan ucapan dan secara ringkas isi ucapannya adalah seperti berikut :
1) Sesuatu perkara yang terjadi, sebabnya dilakukan oleh makhluk tetapi pada hakikatnya Allah yang melakukan. Contohnya: orang yang sakit mengambil ubat. Ubat itu hanyalah sebagai sebab atau perantara tetapi sebenarnya yang menyembuhkan ialah Allah bukan ubat tadi. Berapa ramai orang yang mengambil ubat tetapi tidak sembuh? Adalah menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat islam untuk berpegang kepada kefahaman ini.
2)Nabi Muhammad S.A.W merupakan sebab kepada diutusnya nabi-nabi yang lain. sebelum penciptaan Adam a.s, nama Nabi Muhammad sudah tercatat di langit.Kerana Baginda, manusia seluruh alam mendapat rahmat. Kerana Baginda juga menjadi sebab kepada terbukanya pintu syurga. Tanpa Baginda, pintu syurga tidak akan terbuka.
3) Salah satu sifat Nabi Muhammad yang hebat ialah”‘tawakkal” dan qana’ah. Pernah suatu hari Baginda masuk ke rumah salah seorang isterinya lalu bertanyakan makanan. Lalu isterinya menjawab bahawa di rumah Baginda tidak ada makanan kecuali sedikit sahaja. Nabi pun makan dengan makanan yang ada dan tidak keluar mencari makanan yang lain. Dari peristiwa ini tergambarlah sifat tawakkal Nabi Muhammad yang sangat tinggi. Dengan kisah ini juga menjadi bukti bahawa yang mengenyangkan hanyalah Allah walaupun memakan makanan yang sedikit, bukannya makanan itu sendiri kerana ia hanyalah sebab.
4)Kita sebagai umat islam hendaklah redho dengan ketentuan Allah terhadap apa jua keputusan dari usaha kita kerana yang berlaku adalah dengan kehendak Allah S.W.T. Oleh sebab itu kita diminta untuk bertawakkal kepada Allah.
Kemudian As-Syaikh mengijazahkan “40 Hadis Keistimewaan Rasullah S.A.W” kepada para hadirin. Hadis tersebut telah diijazahkan kepada beliau oleh gurunya dan juga guru kepada Mufti Mesir sekarang iaitu Abu Al Fadhl Abdullah Ibn Muhammad Al Siddiq Al Ghumari Al Hasani.
Akhir sekali beliau mendoakan kepada hadirin yang ada dan juga memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat bersalaman kerana masalah kesihatan dan beliau menyatakan bahawa salam dengan hati itu adalah lebih erat lagi. Semasa beliau hendak meninggalkan Majlis, saya sempat merakamkan gambarnya (gambar atas), Hajat di hati hendak bergambar bersama beliau tetapi tidak mempunyai ruang. Apa pun saya amat bertuah kerana dapat bersua muka dengan As-Syaikh dan diharapkan agar diberi kesempatan berjumpa pula di lain masa, di Mesir atau di Malaysia..Insya Allah…